• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jual Lebih 80k Unit Sepanjang 2022, Honda Malaysia Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor 1!

Jual Lebih 80k Unit Sepanjang 2022, Honda Malaysia Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor 1!

January 5, 2023 By Shawkath 1 Comment

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA Malaysia mengekalkan status sebagai pengeluar bukan nasional nombor satu tempatan untuk tempoh sembilan tahun berturut-turut sejak 2014.

Data diberikan adalah berdasarkan statistik dalaman Honda Malaysia.

BACA >>> Honda Malaysia Buka Pusat Servis 3S Terbesar di Kuching, Mampu Servis 50 Kereta Sehari!

honda-city-hatchback-2022-malaysia-bg
pandu-uji-honda-city-V-2021-bg

Sepanjang 2022, Honda Malaysia mencatat jualan lebih 80,200 unit kenderaan, sekali gus melepasi sasaran asal 80,000 unit yang meningkat 51 peratus berbanding pencapaian 2021.

Honda HR-V
Honda City
Honda City Hatchback

Mac menyaksikan jualan tertinggi dengan jualan lebih 10,500 unit. Secara am, model segmen-B menjadi produk paling laris Honda Malaysia. Berikut pecahan jualan 2022 mengikut model:

  • Honda City - 36 peratus
  • Honda City Hatchback - 20 peratus
  • Honda HR-V - 14 peratus

Pecahan jualan mengikut wilayah:

  • Tengah - 51 peratus
  • Selatan - 19 peratus
  • Utara - 17 peratus

Sepanjang tahun lalu, Honda Malaysia memperkenalkan beberapa model baharu yang turut membantu prestasi jualan terbaik 2022 seperti Honda Civic (2022) baharu pada Januari, Honda HR-V (Julai) dan Honda Civic e:HEV RS (November).

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;

2022 ialah tahun amat mencabar dengan kekurangan bekalan cip global dan bencana banjir yang menjejaskan pengeluaran kenderaan kami.

“Berbekalkan semangat mencabar, Honda Malaysia memacu ke depan pada 2022 dan melepasi sasaran jualan dengan sokongan padu semua pihak berkepentingan.

“Kami mahu menzahirkan terima kasih kepada semua pelanggan dan pengedar terhadap sokongan diberi buat jenama Honda, serta Kerajaan Malaysia kerana melanjutkan pengecualian cukai jualan.

“Honda Malaysia menghargai pelanggan dan kami akan terus berusaha menambah baik kepuasan pelanggan. Kami sedang bekerja rapat dengan pembekal dan pengedar untuk memastikan kiriman kenderaan kepada pelanggan, khasnya mereka yang membuat tempahan pada tempoh pengecualian cukai jualan."

BACA >>> Honda Malaysia Perkenal Dua Warna Baharu CR-V (2022)
BACA >>> Baru Enam Bulan, Honda Malaysia Jual Lebih 39k Unit Kenderaan, City Kekal Paling Laris
BACA >>> Selamat Datang Yoshimura, CEO Baharu Honda Malaysia!
BACA >>> Honda Malaysia Rai Unit Pengeluaran ke-1,000,000!
BACA >>> Honda Malaysia Perkenal Pilihan Warna Lebih Segar Untuk City, Accord
BACA >>> Honda Malaysia Buka Tempahan Odyssey (2022) Serba Baharu Versi CBU, Harga RM275k!
BACA >>> Honda Malaysia Kekal Nombor 1 untuk Jenama Kereta Bukan Nasional 2020!
BACA >>> Honda Malaysia Kekal Jenama Bukan Nasional Paling Laris Penggal Pertama 2019

Related

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Hironobu Yoshimura, Honda Malaysia, Jualan Honda Malaysia 2022, Pengeluar Bukan Nasional

Comments

  1. syah says

    January 6, 2023 at 12:22 PM

    "Jual Lebih 80k Unit Sepanjang 2022, Honda Malaysia Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor 1!"

    Honda bukan no.1, Honda no.1 bagi jenama bukan nasional bagi ketegori kereta penumpang

    yg sebetulnya, Jual Lebih 100k Unit Sepanjang 2022, Toyota Malaysia Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor 1!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
    COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev