• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Kekal Nombor 1 untuk Jenama Kereta Bukan Nasional 2020!

Honda Malaysia Kekal Nombor 1 untuk Jenama Kereta Bukan Nasional 2020!

January 5, 2021 By Abang GYL Leave a Comment

294
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia kekal menduduki tempat pertama dalam segmen bukan nasional 2020 yang meletakkan jenama itu sebagai juara untuk tahun keenam berturut-turut.

Sepanjang 2020, Honda Malaysia merekodkan jualan 60,469 unit dan daripada jumlah itu, City menjadi model paling laris, iaitu 34 peratus dan disusuli Civic dan HR-V.

Mula dilancarkan pada Oktober 2020, City mendapat tempahan lebih 15,200 unit dan 10,800 unit sudah diserahkan kepada pelanggan. Varian V paling banyak ditempah selain warna Platinum White Pearl (putih) yang menjadi pilihan ramai.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toici Ishiyama berkata, walaupun 2020 cukup mencabar, tetapi Honda Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan pertama untuk tempoh enam tahun berturut-turut.

Beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan kerana melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan hingga 30 Jun depan yang memberikan banyak penjimatan kepada rakyat Malaysia.

City (2020) generasi kelima didatangkan dalam empat pilihan varian, dijual pada harga bermula RM74,000. Menariknya, Malaysia ialah negara pertama dunia melancarkan varian hibrid RS e:HEV.

Aspek mekanikal varian RS dijana trenkuasa i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive) berkuasa 106hp dan tork 253Nm, manakala transmisi jenis e-CVT (Electric Continuous Variable Transmission). Varian S, E dan V pula menggunakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC berkuasa 119hp dan tork 145Nm yang dipadankan transmisi CVT.

Tahniah Honda Malaysia!

BACA >>> Beg Udara Takata: Honda Malaysia Panggil Balik Accord (1999), CR-V (2000)
BACA >>> JD Power 2019: Honda Malaysia Kuasai Tiga Segmen Utama dalam Penilaian Kualiti

294
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Honda, Honda Malaysia, Roda4, Toici Ishiyama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: DIY 14 Cara Tukar 'Coolant' Kereta
    #ApaNakBuat: DIY 14 Cara Tukar 'Coolant' Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my