KEHEBATAN kereta ikonik keluaran Malaysia, Proton Wira Aeroback sekali lagi terbukti dengan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Burma ditemui berhimpit dalam kereta itu dalam usaha menyeludup masuk negara ini.
Sedan itu ditahan di KM33, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Jitra, Kubang Pasu, Kedah bersama pemandu, juga warga Burma berusia 44 tahun dan pemegang kad paling berkuasa di Malaysia bagi warga asing, iaitu kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).
BACA >>> Proton Wira Pertahan Ranking Kereta Nombor Satu Paling Diburu Pencuri Malaysia
BACA >>> #RetroAuto: Proton Hasilkan 2,500 Unit Wira 1.8L DOHC (C99) Hanya untuk Masuk Rali
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Suprintenden Rodzi Abu Hassan berkata, pemandu itu, yang juga tekong, memandu Proton Wira tersebut yang diperoleh daripada seorang lelaki tempatan di Butterworth, Pulau Pinang.
Semua PATI terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita berusia antara 19-37 tahun, dipercayai memasuki Malaysia pada jam 7 malam melalui Thailand menggunakan bantuan dua lelaki warga Thailand.
Selepas melepasi sempadan Malaysia di Bukit Kayu Hitam, dua ejen berkenaan berpatah balik ke Thailand, manakala 11 PATI diambil tekong untuk dihantar ke Butterworth,” katanya.
Bagaimanapun, kehebatan Proton Wira berkenaan membawa 11 penumpang sekali jalan mudah dihidu polis apabila ditahan kira-kira jam 3.30 pagi. Ini kerana hanya tekong tersebut mampu berbahasa Melayu yang memberi alasan disuruh mengambil PATI daripada kawannya, yang juga warga Myanmar.
Rupanya harga perlu dibayar kepada ejen dari Myanmar untuk menyeludup masuk warganya ke Malaysia secara haram cuma RM3,000. Tekong itu, yang bekerja sebagai buruh binaan di Pulau Pinang, mendakwa dijanjikan upah RM500 untuk melaksanakan tugas berkenaan.
Polis kemudian merampas kereta tersebut, termasuk sebuah telefon bimbit untuk melakukan siasatan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.
BACA >>> Proton Wira - The True Fighter!
BACA >>> Proton Wira MDM EVO III - Jangan Berani Main-Main Dengan Jentera Ini !!!
SUMBER: Utusan
Leave a Reply