• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BYD Pintas Tesla Sebagai Pengeluar EV Terbesar Dunia 2022

BYD Pintas Tesla Sebagai Pengeluar EV Terbesar Dunia 2022

January 4, 2023 By Shawkath Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BYD memintas Tesla untuk merangkul kedudukan sebagai pengeluar kenderaan elektrik (EV) nombor satu dunia 2022 dengan jualan keseluruhan 1.86 juta unit sepanjang tahun lalu yang sebahagian besar di China.

Jualan kenderaan BYD sepanjang Disember lalu ialah 235,197 unit, meningkat 4 peratus berbanding prestasi November 2022. Sebagai perbandingan, BYD pada Disember 2021 cuma menjual 93,945 unit kenderaan.

BACA >>> Geely Labur RM18.9b Bina Kilang Bateri EV, Sasar Lawan Tesla
BACA >>> Proton Mahu Hasilkan Kenderaan EV Sendiri Bermula 2027, Saga Jadi Model Pertama?

Pengeluar itu turut meneroka beberapa pasaran baharu seperti Eropah, Jepun dan Malaysia pada tahun lalu. Sebagai makluman, firma pelaburan milik taikun Warren Buffett, Berkshire Hathaway juga memiliki pegangan dalam BYD.

PERUBAHAN TREND PENGGUNA

Antara punca jualan BYD melonjak naik adalah senario semasa seperti perubahan dalam industri teknologi di China, jualan pukal kereta sewa dan teksi, dan perubahan trend pembelian pelanggan selain pandemik Covid-19.

Pelanggan di China juga lebih cenderung membeli EV lebih murah dan buatan tempatan berbanding jenama asing atau model import seperti Tesla. Pengurus Kanan firma Suolei, Eric Han berkata;

BYD mendapat manfaat 'penurunan penggunaan' ketika ekonomi China semakin merosot. Kenderaan untuk pasaran massa mereka diterima baik pengguna kelas pertengahan di negara itu yang melihat jenama tersebut sebagai produk berbaloi untuk wang."

BACA >>> China Arah Tesla Panggil Balik Hampir Semua Model Kereta

PERBANDINGAN HARGA KENDERAAN

Berikut perbandingan harga EV di China.

  • BYD: antara 100,000 yuan (RM63,920) dan 200,000 yuan (RM127,830).
  • Tesla, termasuk pesaing lain seperti Nio dan Xpeng: lebih 300,000 yuan (RM191,750).

BACA >>> Pencabar Tesla Model 3, Changan C385 yang Lebih Murah dengan Jarak Pemanduan 712km

KESAN KAWALAN PANDEMIK

China dengan polisi sifar Covid-19 menyaksikan perintah berkurung dan arahan penutupan serata Tanah Besar sepanjang tahun lalu yang memberi impak terhadap negara ekonomi kedua terbesar dunia itu. Kesannya mendorong pengguna mengawal perbelanjaan terhadap produk tertentu seperti pembelian kenderaan.

Pengurus Jualan Yiyou Auto Service di Shanghai, Tian Maowei berkata;

Harga EV bawah 200,000 yuan popular dalam kalangan pengguna kolar putih kerana mereka mahu jimatkan perbelanjaan.

“Di pasaran tempatan, EV dan hibrid BYD lebih mudah dijual kerana dilengkapi bateri prestasi tinggi yang dipercayai setanding komponen digunakan pengeluar EV premium."

BYD mencatat rekod jualan baharu 10 bulan berturut-turut sejak Mac 2022 dengan merampas kedudukan Tesla milik Elon Musk sejak suku kedua tahun lalu. Berkshire Hathaway memiliki 14.9 peratus saham BYD di Bursa Hong Kong setakat 8 Disember 2022.

BACA >>> SUV Elektrik BYD Atto 3 (2023) Masuk Malaysia! Pandu Hingga 480km, Harga Mula RM149k!
BACA >>> Bukan SUV, Tapi Kompak dan Sedan Elektrik BYD Tiba-Tiba Muncul, Lancar 2023!

PRESTASI TESLA

Tesla pula membuat kiriman 405,278 unit EV ke pasaran dunia sepanjang tiga bulan terakhir tahun lalu. Kiriman global terkumpul tahun lalu naik 40 peratus kepada 1.31 juta unit, tetapi angka itu masih ketinggalan 29 peratus berbanding jualan BYD.

Berikut ringkasan prestasi Tesla sepanjang 2022:

  • Jumlah kiriman suku keempat: 405,278 unit
  • Jumlah pengeluaran suku keempat: 439,701 unit
  • Jumlah kiriman 2022: 1.31 juta unit
  • Jumlah pengeluaran 2022: 1.37 juta unit

BACA >>> Tesla Model Y Kereta Paling Laris Dunia 2023, Atasi Toyota Corolla?

DARIPADA BATERI KEPADA PENGELUAR KENDERAAN

BYD diasaskan bilionair China, Wang Chuanfu pada 1995, bermula sebagai pengeluar bateri sebelum terlibat dalam pembuatan kenderaan pada 2003.

Produk pek bateri jenis litium ferum fosfat blade BYD terbukti berkualiti hingga meraih keyakinan dalam kalangan pemandu di China dan pengeluar kenderaan.

Sel pek bateri disusun dalam format tertentu yang membantu meningkatkan ketumpatan tenaga, dan mampu menambah baik rintangan terhadap isu panas lampau (overheating). Malah pek bateri Blade itu juga pernah dibekalkan ke kilang Tesla di Berlin, Jerman.

Kebanyakan model EV BYD dijual di China, tetapi pengeluar itu juga bercita-cita menjadi pemain global dengan rancangan meluaskan perniagaan ke pasaran baharu. Tahun lalu, BYD sudah mendarat di Malaysia menerusi Atto 3 dan dua model lain, iaitu Seal dan Dolphin yang dijangka tiba tidak lama lagi.

BACA >>> Sime Darby, BYD Meterai Perjanjian Edar Kenderaan Elektrik, Dua Model EV Baharu Akan Debut

PASARAN EV CHINA 2023

Pertumbuhan kiriman EV di China dijangka menurun 30 peratus tahun ini selepas peningkatan berganda tahun lalu kepada anggaran 6.4 juta kenderaan. Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA) meramalkan penurunan itu juga disebabkan tiada lagi subsidi tunai bermula Januari 2023.

Bagaimanapun, China tetap menjadi pasaran EV terbesar dunia dengan setiap tiga daripada lima kenderaan baharu di jalan raya negara itu dijangka dikuasakan bateri menjelang 2025.

Pada masa sama, Tesla masih kekal sebagai peneraju segmen EV premium di China. Dalam tempoh 11 bulan pertama 2022, Gigafactory Tesla di Shanghai sudah mengirim lebih 390,000 unit Tesla Model 3 dan Tesla Model Y kepada pelanggan tempatan.

Jumlah itu 21.5 peratus lebih tinggi berbanding keseluruhan jualan 321,000 unit Tesla sepanjang  2021.

SUMBER: SCMP

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Berkshire Hathaway, BYD, Eric Han, Tesla, Warren Buffett

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev