• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 15 Penunggang Basikal Lajak Kena Tahan, Ibu Bapa, Penjaga Hadir 'Kuliah' di Balai Polis

15 Penunggang Basikal Lajak Kena Tahan, Ibu Bapa, Penjaga Hadir 'Kuliah' di Balai Polis

December 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

POLIS menahan 15 penunggang basikal lajak menerusi operasi di sekitar Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Seramai 52 penunggang basikal lajak diperiksa membabitkan kanak-kanak berumur sembilan hingga 14 tahun.

Operasi Penguatkuasaan Basikal Lajak diadakan dekat Jalan PJS 1 hingga Jalan PJS 5 Petaling Jaya pada 1 dan 3 Disember 2022.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata:

"Pihak polis menahan 15 penunggang basikal lajak dan menyita basikal milik mereka mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membolehkan penunggang basikal lajak ditangkap tanpa waran seperti diperuntukkan Seksyen 112(1)(a) akta sama.

“Ibu bapa dan penjaga kepada setiap penunggang basikal lajak bawah umur dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. Mereka diberi peringatan tentang tanggungjawab mengawasi dan memastikan keselamatan anak masing-masing.”

Malah ibu bapa kepada anak yang terbabit dalam aktiviti basikal lajak hingga membahayakan diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 seperti berikut:

  • Denda tidak lebih RM20,000 atau,
  • Penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Operasi dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Petaling Jaya dan 11 saman POL 257 dikeluarkan mengikut Kaedah 42(1) LN 165/59.

BACA >>> Polis Perlis Beri Amaran, Tahu 'Port' Geng Basikal Lajak
BACA >>> 15 Tahun Dah Jadi Mekanik Basikal Lajak
BACA >>> Wanita Langgar 8 Remaja Basikal Lajak Dibebaskan dengan Ikat Jamin RM10k
BACA >>> Inilah Sebab Wanita Langgar Mati 8 Remaja Basikal Lajak Dipenjara 6 Tahun, Denda RM6k
BACA >>> Basikal Lajak: Ibu Bapa Boleh Kena Denda Sampai RM20k, atau Penjara 5 Tahun!

kenyataan basikal lajak
kenyataan basikal lajak - 1

 

Related

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Basikal Lajak, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, Penunggang Basikal, Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev