• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Perlis Beri Amaran, Tahu 'Port' Geng Basikal Lajak

Polis Perlis Beri Amaran, Tahu 'Port' Geng Basikal Lajak

April 18, 2022 By Shawkath Leave a Comment

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS Perlis sudah mengenal pasti beberapa laluan yang menjadi lokasi dan trek penunggang basikal lajak di negeri itu. Malah, penguat kuasa juga sedang memantau semua laluan berkenaan.

Aksi penunggang basikal lajak mula mendapat perhatian ramai kebelakangan ini berikutan kes mahkamah melibatkan seorang kerani melanggar maut lapan penunggang remaja di Johor.

BACA >>> Wanita Langgar 8 Remaja Basikal Lajak Dibebaskan dengan Ikat Jamin RM10k
BACA >>> Inilah Sebab Wanita Langgar Mati 8 Remaja Basikal Lajak Dipenjara 6 Tahun, Denda RM6k

Dipetik Berita Harian, Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri sudah diminta meninjau laluan yang kerap digunakan penunggang basikal lajak.

Menurutnya;

Satu daripada laluan berkenaan adalah sekitar sebuah restoran makanan segera di Jalan Kampung Bakau-Padang Behor. Anggota JSPT sentiasa mengawasi laluan berkenaan bagi memastikan ia tidak dijadikan peminat basikal lajak untuk menunjukkan aksi berbahaya mereka.”

Tanpa memberi perincian laluan yang menjadi medan mempamerkan aksi geng basikal lajak, Surina mendakwa polis biasanya akan menasihatkan kumpulan berkenaan.

Surina berkata;

Dalam hal ini, kita tidak boleh ambil tindakan terhadap pengguna basikal lajak saja, malah ibu bapa atau penjaga mereka juga boleh dikenakan tindakan.

"Basikal lajak tidak dibenarkan langsung (di lebuh raya) dan jika dikesan, kita akan ambil tindakan termasuk ke atas ibu bapa dan penjaga kanak-kanak atau individu yang menaiki basikal berkenaan. Malah, saya ada keluarkan video pemberitahuan di laman sosial mengenai bahaya basikal lajak ini.”

BACA >>> 15 Tahun Dah Jadi Mekanik Basikal Lajak

SUMBER: BeritaHarian

Artikel Berkaitan

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Basikal Lajak, Isu Keselamatan Jalan Raya, operasi polis, Polis Perlis, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
  • Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan
    Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my