• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Wanita Langgar 8 Remaja Basikal Lajak Dibebaskan dengan Ikat Jamin RM10k

Wanita Langgar 8 Remaja Basikal Lajak Dibebaskan dengan Ikat Jamin RM10k

April 18, 2022 By Farah Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAHKAMAH Rayuan hari ini membenarkan individu yang melanggar lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lalu, Sam Ke Ting, 27, dibebaskan dengan jaminan RM10,000 bersama seorang penjamin.

Keputusan itu dibenarkan Hakim Datuk P Ravinthran bersama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang sebulat suara membenarkan permohonan responden untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Mahkamah turut membenarkan permohonan Ke Ting membawa sabitan kes di Mahkamah Rayuan yang diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar. Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, yang mewakili pendakwaan tidak mengemukakan bantahan terhadap permohonan berkenaan.

Pada Rabu lalu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Ke Ting, selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu hingga mengorbankan lapan nyawa.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abu Bakar Katar mengarahkan Ke Ting menjalani hukuman penjara pada Rabu lalu selagi tiada kebenaran Mahkamah Tinggi untuk rayuan penangguhan dibuat.

Ke Ting dilaporkan melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada jam 3.20 pagi, 18 Februari 2017 yang menyebabkan lapan remaja terkorban iaitu Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

BACA>>> Video Lama Geng Basikal Lajak Langgar Lampu Bikin Netizen Panas Hati
BACA>>> Inilah Sebab Wanita Langgar Mati 8 Remaja Basikal Lajak Dipenjara 6 Tahun, Denda RM6k

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Basikal Lajak, kes langgar 8 remaja maut, Sam Ke Ting

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev