• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Lama Geng Basikal Lajak Langgar Lampu Bikin Netizen Panas Hati

Video Lama Geng Basikal Lajak Langgar Lampu Bikin Netizen Panas Hati

April 14, 2022 By Farah Leave a Comment

325
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KES wanita melanggar sekumpulan remaja berbasikal lajak hingga mengorbankan lapan nyawa di Johor Bahru, lima tahun lalu kembali jadi perbualan dan perhatian rakyat Malaysia.

Dalam kes itu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas kerani, Sam Ke Ting, 27, selepas didapati bersalah memandu melulu.

BACA>>> Inilah Sebab Wanita Langgar Mati 8 Remaja Basikal Lajak Dipenjara 6 Tahun, Denda RM6k

Sementara itu di laman sosial, netizen mula berkongsikan rakaman video lama kamera pemuka (dashcam) tentang gelagat penunggang basikal lajak di lebuh raya. Salah satunya, insiden sebuah Perodua Myvi nyaris terlanggar sekumpulan penunggang basikal lajak yang menunggang  laju dan berbahaya di satu persimpangan lampu isyarat.

Dalam rakaman itu, pemandu Myvi itu mahu membelok masuk ke simpang kanan, tetapi terpaksa berhenti kerana muncul sekumpulan remaja berbasikal lajak sedang menunggang laju melepasi persimpangan lampu isyarat di situ. Mujurlah si pemandu sempat membrek dan berhenti di tengah jalan.

Video tersebut mengundang kemarahan netizen yang menganggap perbuatan itu berbahaya dan boleh menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Menyusahkan orang.. kalau mampus driver yang dipersalahkan😓," kata Emy Emylin.

"Nampak video ni. Sebelum hari ni. Basikal yang salah. Tapi start hari ni. Kes macam ni. Myvi yang salah 😂😂😂," kata Haling Chang.

"Saya nampak di lebuh raya, mereka mat rempit sangat laju. Laju dari kereta!" kata Claudia Lee.

Difahamkan,video itu dirakam pada 2019, sebaliknya kes lapan remaja berbasikal lajak itu pada 2017. Melihat video ini, nampaknya masih ada ibu bapa yang tidak mengambil pengajaran daripada kes lalu dan langsung tidak mengendahkan keselamatan anak-anak mereka berbasikal malam di jalan raya.

BACA >>> Bengang Dimaki Punca Pemandu Wira Sebat Penunggang Basikal Warga Asing
BACA >>> Kereta Calar, Pemandu Wanita Balun Penunggang Basikal Hantar Makana

Artikel Berkaitan

325
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Basikal Lajak, Dashcam, Myvi, video, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my