DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan dua laluan baharu bas percuma GoKL yang bakal memberikan manfaat kepada penduduk sekitar Kepong dan Segambut.
Pelancaran laluan baharu itu dirasmikan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah melibatkan dua laluan baharu, iaitu:
- Laluan Krim-Kepong (Cream Line): Hab Taman Fadason - MRT Sri Delima
- Laluan Merah Lembayung-Segambut (Magenta Line): Hab MRT Jinjang - Matrade
BACA >>> DBKL Tambah Laluan Coklat untuk Bas GoKL, Tambang Percuma!
BACA >>> Bas GoKL Tambah Laluan Baharu LRT Universiti-PPR Seri Pantai, Tambang Percuma!
Mengenai laluan baharu GoKL, dua laluan baharu bas percuma tersebut menjadikan keseluruhan 13 laluan dengan sasaran 20,000 penumpang sehari bagi setiap laluan dan jumlah itu dijangka bertambah selepas enam bulan pertama pelaksanaan.
Sepanjang tahun ini hingga November lalu, 7.8 juta penumpang menggunakan perkhidmatan bas percuma berkenaan. Mengenai cadangan caj kepada warga asing yang menggunakan perkhidmatan tersebut, perkara tersebut masih diteliti dan beberapa proses penambahbaikan perlu dibuat sebelum dapat dilaksanakan.
Ini termasuk memuktamadkan tambang sesuai, kemudahan gajet dalam bas dan mekanisme paling sesuai digunakan seperti penggunaan kad.
Pada Ogos lalu, mantan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, 45.2 peratus pengguna perkhidmatan bas percuma GoKL adalah warga asing dan tidak menolak kemungkinan bayaran dikenakan pada masa akan datang terhadap golongan itu.
BAS GoKL SAIZ KECIL MUNGKIN DIPERKENAL
Dalam perkembangan lain, DBKL juga merancang memperkenalkan bas GoKL bersaiz lebih kecil bagi memudahkan pergerakan terutama di laluan luar pusat bandar yang sesak dan sempit.
Mahadi berkata, kawasan luar pusat bandar yang banyak tertumpu di kawasan kediaman mempunyai jalan raya sempit hingga menyukarkan pergerakan bas dan boleh menyebabkan berlakunya perlanggaran.
Jalan raya di kawasan kediaman tidak sama dengan jalan raya di pusat bandar yang lebar dan luas, ada selekoh dan persimpangan tertentu yang dilalui bas percuma GoKL itu agak susah dan ini melambatkan untuk sampai ke destinasi berikutnya,” katanya.
Menurutnya, perkara itu akan dibincangkan dengan pembekal bas untuk melihat kesesuaian. Ketika ini, bas GoKL bersaiz 13 dan 10 meter panjang.
BACA >>> Rapid KL: "Ini Bukan Makanan Ye. Ini Adalah Naji* Manusia"
BACA >>> Prasarana Tambah 300 Bas, Termasuk Bas Mini Elektrik untuk Rapid KL Menjelang 2024
SUMBER: Bernama
Leave a Reply