SERONOK melihat perkembangan barisan model GR Sport daripada Toyota dengan pelbagai segmen seperti trak pikap Toyota Hilux. Model GR Sport adalah alternatif kepada model GR penuh yang lebih 'hardcore' dan berprestasi tinggi.
Seperkara menarik, Toyota juga tidak melupakan model hibrid dengan memperkenalkan Toyota Aqua GR Sport di Jepun pada 2017. Kini ada enam model GR Sport di Jepun, iaitu:
- Toyota Aqua GR Sport
- Toyota Yaris Cross GR Sport
- Toyota Hilux GR Sport
- Toyota Land Cruiser GR Sport
- Toyota Copen GR Sport
- Toyota C-HR GR Sport
Toyota Aqua bukan model asing buat pengguna tempatan dengan generasi pertama dikenali sebagai Toyota Prius C. Terbaharu, pengeluar itu memperkenalkan Toyota Aqua GR Sport (2023) generasi kedua selepas Toyota Aqua serba baharu diperkenalkan pada Julai 2021.
Bagi Toyota Aqua GR Sport (2023) baharu, Toyota meningkatkan beberapa aspek seperti kestabilan stereng dan prestasi pecutan berbanding model terdahulu. Prestasi pemanduan dipertingkat dengan mengukuhkan ketegaran badan, talaan suspensi dan kawalan stereng berkuasa.
Dari segi penampilan, Toyota Aqua tampil lebih sportiy dengan imej lebih garang berbanding Toyota Aqua standard bergaya comel. Pakej trenkuasa hibrid masih kekal iaitu:
- Kombinasi enjin 3-silinder 1.5L M15A-FXE berkuasa 90hp @ 5,500rpm, dan tork 120Nm @ 3,800rpm - 4,800rpm.
- Enjin itu dipadankan motor elektrik 1NM berkuasa 79hp dan tork 141Nm, manakala transmisi jenis eletronik CVT dan hanya ditawarkan dalam pacuan dua roda (2WD).
Luaran
- Bentuk bampar depan baharu membantu mengalirkan udara ke sekeliling tayar depan, sekali gus mengurangkan rintangan angin dengan dialirkan ke belakang.
- Gril Functional Matrix dengan corak heksagon bentuk G dalam susunan simetri.
- Bampar belakang dengan bahagian bawah corak G.
- Skirt sisi lebih lebar yang menjadikan profil kereta lebih rendah.
- Rim aluminium 17 inci dengan tayar POTENZA RE050A 205/45.
- Kaliper brek merah dengan logo GR.
Dalaman
- Kerusi sport dengan lencana GR.
- Stereng kulit asli dan lencana GR.
- Pedal aluminium.
- Kemasan metalik perak gelap.
Komponen pengukuhan badan
- Braket di dua bahagian bawah lantai mengikat bahagian kanan dan kiri kereta.
- Tambahan penguat pada bampar belakang.
TALAN SUSPENSI
Depan
- Absorber depan dan spring ditala khas.
- Stabiliser, dan bushing arm bawah (lower-arm).
Belakang
- Absorber belakang dengan spring khas GR Sport.
- Bolt pengikat baharu.
Stereng
- Talaan baharu untuk pemanduan lebih bersepadu.
- Fiil stereng lebih sporty dalam mod POWER+.
Harga
- Toyota Aqua GR Sport (2023) dijual pada harga 2,595,000 yen (RM84,300).
BACA >>> Toyota Corolla Hatchback Sudah Masuk Australia, Harga Mula RM86.4k
BACA >>> Toyota Prius (2023) Debut di Jepun dengan Pilihan Enjin Hibrid 2.0L, Boleh Cas Guna Solar
Toyota Aqua Z 2WD 2022
Leave a Reply