JIKA Nissan Skyline R32 dianggap salah satu model kereta yang jarang ditemui dan bernilai tinggi di banyak negara. Lain pula di Jepun kerana seorang individu menganggap Chevrolet Camaro lebih menarik daripada R32.
Ini kerana usahanya yang sanggup mengubah suai Nissan Skyline (1993) menjadi Chevrolet Camaro generasi kelima (2010-2015) dengan gaya watak dalam animasi Transformers, Bumblebee.
Transformasi dari depan nampak kemas, tetapi pandangan dari sudut lain masih menampakkan ciri Nissan, terutama garis bumbung dan pintu.
Aspek modifikasi sisi pula menampakkan tambahan panel pada badan asal Nissan Skyline yang membuatkan ia nampak 'lebih gemuk'. Keadaan pasti lebih baik jika menggunakan kit badan lebar. Pandangan belakang menampakkan set lampu dari Camaro.
BACA >>> Inilah Rupa Kereta dalam Filem Popular Selepas 'Dimurahkan'?
Ruang kabin menggunakan tema cokelat dan krim dengan balutan material baldu. Kerusi semi-buket daripada Bride untuk pemandu dengan stereng Momo, dan kelihatan lencana Autobot di tengah papan pemuka.
'Bumblebee' jadian itu dijana enjin RB25 yang diambil daripada Nissan Skyline R33, yang menghasilkan kuasa 400hp, manakala transmisi manual 5-kelajuan.
BACA >>> Nissan Skyline (2020) - Kini Tampil Sebagai Sedan Eksekutif dengan DNA GT-R
BACA >>> #RetroAuto: Kisah Nissan Skyline R34 GT-R dan Enjin V6
Walaupun odometer memaparkan jarak pemanduan 122,600km, trenkuasa itu cuma digunakan sekitar 75,000km. Nissan Skyline kacukan Chevrolet Camaro itu kini ditawarkan untuk lelongan pada harga bidaan bermula serendah 3.2 juta yen (RM103,610). Ada berani?
BACA >>> Lelaki Ditahan Ubah Skyline R32 Jadi Kereta Polis
BACA >>> Nissan Tambah Alat Ganti Skyline Lama, Guna Teknologi Robot dan Percetakan 3D
BACA >>> Restorasi Nissan Skyline GT-R Ini Mungkin Paling Mahal di Dunia, Cecah RM1.75 Juta
SUMBER: Carscoops |Yahoo Japan
Leave a Reply