Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Restorasi Nissan Skyline GT-R Ini Mungkin Paling Mahal di Dunia, Cecah RM1.75 Juta
Auto Terkini

Restorasi Nissan Skyline GT-R Ini Mungkin Paling Mahal di Dunia, Cecah RM1.75 Juta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISMO mengumumkan program restorasi spesial untuk Skyline GT-R yang membolehkan pemilik model itu menghantar kereta mereka untuk mendapatkan penyelenggaraan imbangan casis dan pembinaan semula komponen mekanikal, serta elektrikal.

Misi NISMO adalah menggunakan kepakaran divisyen permotoran dan talaan itu untuk membina semula model bertaraf ikonik seperti pernah dilakukan pada Skyline GT-R R32 yang melibatkan proses menanggalkan semua panel, alat dan komponen daripada kerangka utama.

BACA >>> #RetroAuto: Kisah Nissan Skyline R34 GT-R dan Enjin V6

BADAN

Walaupun kereta itu bukan jentera lumba atau pernah dipandu atas permukaan off-road dan ekstrem, tetapi masih terdedah kepada pelbagai kondisi cuaca yang menjejaskan aspek kualiti casis. Semua ketidaksempurnaan dan kecacatan itu diukur berdasarkan spesifikasi asal sebelum dibaik pulih semula untuk menguatkan casis.

Kereta akan disembur cat putih dan diimbas menggunakan alat pengukuran 3D. Jika pemilik memilih menanggalkan semua komponen dan dicat semula, maka keseluruhan frem akan direndamkan dalam elektrodeposisi untuk melindungi keluli dan memastikan tidak berlaku masalah karat.

Salah satu proses penting lain dilakukan NISMO adalah mengukur tahap rigid kilasan (torsional rigidity) yang biasanya tidak dilakukan bengkel restorasi. Casis akan diuji supaya menepati piawaian ditetapkan sebelum dihantar bahagian cat.

Selepas badan diimbangkan, bahan tampalan lama dan keras antara panel akan ditanggalkan sebelum ditampal baharu. Lapisan penebat diletakkan ke lantai untuk mematikan bunyi dan mengurangkan getaran panel. Ruang gear turut disembur bahan pelindung. Kemudian seluruh frem dipanggang dalam ketuhar (oven) besar.

BACA >>> #Videotomotif: Aksi Drift Nissan Skyline R33 yang Cantik di Jalan Gunung

ENJIN

Mengenai trenkuasa, enjin RB26DETT ditanggalkan sepenuhnya, dicetak baru dan dimesin jika perlu. Unit enjin menjadi kepakaran NISMO yang mana tahap ketepatan adalah lebih tinggi berbanding unit standard. Pemilik boleh memilih mengikut spesifikasi asal atau mengikut talaan NISMO.

Kemudian, enjin akan diuji dengan analisis prestasi pada beban tinggi dan rendah, iaitu antara 2,400-6,000rpm dengan kenaikan 400rpm di bawah terotel terbuka. Pemeriksaan lain ialah tekanan pendesak turbo (turboboost), kawalan elektrik mesin dan saluran penyejukan. Setiap output enjin direkodkan dan hasilnya disimpan.

Keseluruhan sistem trenpacu, terdiri daripada transmisi, kotak pindah (transfer case), syaf propeler (propeller shaft) dan diferensial akan ditanggalkan, diperiksa dan kemudian dibina semula sebelum dirombak atau digantikan komponen baharu. Sistem suspensi mendapat set bushing getah baharu, unit pengurusan lengkap dan absorber, spring dan arm kawalan  (control arm).

Jika perlu, roller arm akan dicat semula. Tekanan master brek silinder pula diuji, manakala kabel brek diganti jika perlu dan kaliper brek dibikin semula. Semua braket dibaik pulih dan pengikat ditukar baharu. Turut diperiksa dan dibaik pulih ialah sistem stereng, penyejukan, dan penyaman udara. Begitu juga sistem pendawaian, unit kawalan elektronik (ECU) dan stereng.

KABIN DIBAIK PULIH ATAU GANTI BAHARU

Ada dua pilihan kemasan kabin, iaitu mengekalkan upholsteri lama atau diganti baharu, sama seperti ditawarkan pada R35. Jika mahu kekal dengan kabin lama, NISMO akan membaik pulih upholsteri tersebut. Ini kerana kemasan kabin itu tidak lagi ditawarkan kerana perubahan regulasi kalis api yang berbeza berbanding tiga dekad lalu.

Selepas selesai, kereta itu akan menjalani ujian dyno. Kemudian dipandu uji pemandu NISMO sendiri membabitkan pelbagai aspek berbeza seperti respons stereng dan suspensi, prestasi di selekoh, kestabilan, olengan badan, kadar kesenyapan kabin (NVH) dan sebagainya.

Secara keseluruhan, ada 12 ujian prestasi dan sembilan ujian keselesaan dijalankan sebelum dibenarkan keluar dari kilang NISMO. Skyline GT-R yang dibaik pulih akan mendapat dokumen laporan penuh mengenai semua komponen diganti, termasuk nombor alat ganti, dan apa saja dapatan ditemui sepanjang proses ujian dijalankan.

Setiap Skyline GT-R di bawah program ini tertakluk kepada jaminan setahun bermula tarikh penghantaran, atau 20,000km jarak perbatuan. Menurut NISMO, proses restorasi sesebuah kereta mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun (mengikut kondisi kereta dan pilihan pemilik), dengan bayaran minimum bermula 45 juta yen (RM1.75 juta).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kereta yang Pegawai Imigresen Gred KP19 Layak Beli?
BACA >>> Nissan Leaf NISMO RC Asah Trek Eropah, 0-100kmj Sepantas 3.4 saat!

SUMBER: JapaneseNostalgicCar

Modifikasi Nismo Nissan Nissan Skyline GT-R Restorasi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.