FOTO pertama motosikal elektrik Royal Enfield bocor di India. Ya, pengeluar asal British itu memang ada pelan tersendiri dan mahu mengikut jejak pemain lain dalam industri automotif yang sedang melangkah ke segmen mobiliti elektrik masa depan.
Portal Autocar India berkongsi sekeping foto yang mendedahkan sebahagian konsep motosikal elektrik Royal Enfield berwarna hijau. Khabarnya, motosikal elektrik itu ialah model konsep peringkat pembangunan fungsi kualiti (QFD).
BACA >>> #BikinMotor: Royal Enfield Interceptor 650 Sentuhan OEM, Gaya Minimalis Serba Kemas
BACA >>> 19 Fakta Kenapa Zero (Motosikal EV) dan Tesla (Kereta EV) Tidak Sama?
Laporan sama mendedahkan Royal Enfield merancang melancarkan model itu menjelang 2025. Model konsep QFD bermaksud pengeluar produk berusaha memadankan kehendak pelanggan dalam rekabentuk sesuatu produk.
Ia sebahagian proses rekabentuk dan tiada semestinya menyerupai model pengeluaran akhir yang akan diperkenalkan kelak. Model konsep itu dinamakan Royal Enfield Elektrik01 dan memiliki rekabentuk agak menarik dengan kotak udara hijau-hitam menggantikan tangki minyak dan frem perak kusam.
Tarikan utama ialah komponen fork girder dan lampu depan bulat serta rim aloi hitam.
Royal Enfield plots entry into the world of EVs; early stages of development seen in its Electrik01 concept motorcycle https://t.co/Lv17Wvfdmp pic.twitter.com/CrGUu7EAzx
— Autocar Professional (@autocarpro) November 23, 2022
Leave a Reply