TOYOTA Indonesia akhirnya rasmi melancarkan Toyota Kijang Innova Zenix (2023) serba baharu, juga generasi ketujuh daripada famili Kijang di Indonesia.
Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu sememangnya memiliki nama besar di Indonesia dan kini hadir dengan perubahan menyeluruh menerusi penampilan yang lebih kepada gaya crossover.
BACA >>> Bocor Imej Frem Badan Toyota Kijang Innova Zenix, Ada Bumbung Suria!
BACA >>> Foto Acah Toyota Kijang Innova Serba Baharu Didedahkan
Sedikit fakta mengenai Toyota Kijang Innova Zenix (2023):
- Ditawarkan dalam empat varian:
- Gasoline - Rp419 juta (RM122,160)
- G Hybrid - Rp458 juta (RM133,520)
- V Hybrid - Rp522.15 juta (RM152,230)
- Q Hybrid - Rp601.15 juta (RM175,260)
- Varian paling premium, Q Hybrid mendapat tambahan rim 18 inci, pintu but elektrik dengan arahan suara, kerusi Kapten dengan Ottoman, dua unit infotainment 10 inci pada kerusi belakang (juga ada pada varian Gasoline), kamera perakam digital (DVR/dashcam), pengecas wayarles, dan teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) 3.0.
- Ada lima pilihan warna: Platinum White Pearl (putih), Silver Metallic (perak), Gray Metallic (kelabu), Attitude Black (hitam), DK Steel MC (kelabu cerah, tempahan khas).
- Varian hibrid dijana enjin M20A-FXS 4-silinder sebaris 16-injap 1,987cc DOHC dengan teknologi pacuan rantai Dual VVT-i.
- Kapasiti tangki minyak 52 liter.
- Dimensi panjang 4,755mm, lebar 1,850mm, tinggi 1,795mm dan jarak roda 2,850mm, manakala tinggi lega bumi 185mm.
- Transmisi automatik CVT dan e-CVT (untuk hibrid).
- Sistem suspensi strut MacPherson (depan) dan torsion beam (belakang), termasuk stabiliser di depan dan belakang.
- Dilengkapi brek parkir elektrik (EPB) dan brek pegun (auto hold).
- Tayar 205/65 R16 (R17 untuk V Hybrid, dan R18 untuk Q Hybrid).
Model generasi baharu ini juga menjadi penanda aras baru dalam evolusi Kijang di Indonesia yang kali pertama hadir sebagai konsep kenderaan utiliti asas (BUV) pada 1977, dan kini mengalami transformasi besar-besaran.
MPV itu bukan sekadar naik kelas tetapi juga menawarkan tahap baharu sebuah kenderaan famili yang mesra pelbagai pengguna. Berikut apa ditawarkan Toyota Kijang Innova Zenix Hybrid:
- Dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota, TNGA-C, menggantikan IMV (Innovative International Mupti-purpose Vehicle) yang sebelum ini meraih pujian ramai pengguna.
- Platform IMV adalah berasaskan frem-tangga (ladder-frame), tetapi TNGA-C ialah frem monokok dengan sistem pacuan roda depan (FWD), sama seperti adiknya Toyota Avanza.
- TNGA-C memberikan banyak manfaat kepada Toyota Kijang Innova Zenix Hybrid yang tidak dapat dimiliki jika menggunakan platform IMV. Antaranya:
- Penggunaan teknologi hibrid. Walaupun tidak didedahkan Toyota, kemungkinan besar platform IMV tidak sesuai digunakan untuk trenkuasa hibrid.
- Trenkuasa hibrid memerlukan tambahan banyak komponen dan lebih ruang diperlukan. Malah, TNGA-C sememangnya sudah sedia dibangunkan untuk memuatkan trenkuasa jenis hibrid dan petrol.
- TNGA-C membolehkan Toyota Innova Zenix menggunakan enjin baharu, sekali gus menamatkan khidmat enjin 1TR-FE yang sudah dua dekad digunakan.
- Enjin baharu kini ialah M20A-FKS dengan output kuasa dan tork lebih berkuasa, termasuk mampatan lebih tinggi dan teknologi lebih canggih yang mempengaruhi aspek emisi besih dan penggunaan bahan api lebih jimat.
- Berat dapat dikurangkan sebanyak 170kg, dan pada masa sama kerangka badan lebih kuat serta stabil.
- Walaupun sesetengah peminat tidak sukakan perubahan platform Toyota Innova Zenix, tetapi apa harus diakui, evolusi tetapi akan berlaku. Model baharu yang lebih moden dan canggih pasti menggantikan model lama.
BACA >>> Perodua Alza AV (2022) Kini Ada Akses Apple CarPlay!
BACA >>> 'Alza Indonesia' Terpakai Tahun 2015 Dapat Dibeli Serendah RM29k
Leave a Reply