• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Sertai Tim Ducati Jika Honda Gagal Bikin Jentera Kemenangan Musim 2023?

Marquez Sertai Tim Ducati Jika Honda Gagal Bikin Jentera Kemenangan Musim 2023?

November 17, 2022 By Shawkath Leave a Comment

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MARC Marquez sentiasa menarik minat Ducati sebelum ini tetapi jenama Itali itu 'bukannya terdesak mendapatkan (khidmatnya) seperti sebelum ini', demikan kata bekas pengurusnya, Emilio Alzamora.

Pelumba Repsol Honda itu terlepas sebahagian besar aksi musim 2022 kerana terpaksa berehat selepas menjalani siri pembedahan keempat lengannya.

BACA >>> Marquez Bantu Repsol Honda Uji Bahan Api Boleh Diperbaharui Selepas Aksi GP Valencia

Jika Marquez mahu bergelar juara dunia kali ketujuh dalam kelas premier, dia harus memastikan sejarah paling buruk Honda pada musim lalu tidak berulang.

Khabarnya, Marquez mungkin melihat peluang lain jika bakat yang dimiliki 'tidak serasi' dengan jentera tunggangan dalam GP.

BACA >>> Rossi: "Ducati Nak Aku Tolong Test Prototaip 2023 untuk Pecco"

Alzamora memberitahu GPOne:

“Semua bergantung kepada Honda. Jika mereka bina motosikal untuk menang kejuaraan dunia, itu dah kira okay sebab Marc memang pemenang semula jadi. Dia ada di sini (MotoGP) untuk menang kejuaraan dunia.

"Andai sesuatu tidak bertambah baik selepas dua tahun lalu, aku rasa Marc akan ubah fikiran.

"Ducati buat job yang cukup baik. Dengan adanya Gigi Dall’Igna, mereka melangkah membuat perubahan dari sudut teknikal, bila ada Paolo Ciabatti, mereka jadi lebih baik.

"Mereka ada motor persaingan tapi benda yang paling menakjubkan ialah mereka ada lapan motor atas trek dengan team cukup kuat, mereka tawar kontrak kepada semua pelumba, semuanya muda dan kuat.

"Tapi aku rasa (Ducati) akan sentiasa minat dengan Marc, tapi buat masa ini, mereka tidak memerlukan dia seperti sebelum ini.

BACA >>> Pecco Cipta 5 Rekod Lain Selepas Muncul Juara Dunia MotoGP 2022
BACA >>> Quartararo Tutup TV, Tak Sanggup Tengok Pecco Rai Kemenangan Juara GP 2022

Francesco Bagnaia menjadi pelumba pertama Ducati selepas 15 tahun untuk memenangi kejuaraan MotoGP. Enea Bastianini akan menjadi rakan Pecco untuk musim 2023 selepas menamatkan musim lalu di tempat ketiga.

Alzamora pernah bekerja bersama Marc dan Alex Marquez selama 18 tahun sebelum mereka mengucapkan selamat tinggal pada awal musim ini. Usaha terakhir beliau ialah membantu Alex mendapat kontrak 2023 bersama tim Gresini Racing.

Alzamora berkata:

"Ini peluang terbaik untuk Alex dan dia memang memerlukannya. Kita semua tahu semua pelumba melalui kesukaran selama beberapa tahun bersama Honda. Alex kini ada jentera berdaya saing seperti dilalui Bastianini tahun ini."

BACA >>> Rossi Bidas Marquez Cakap Tentang Kontroversi GP Malaysia 2015
BACA >>> Marc Marquez [Siri 1]: Pelumba Serius yang Pernah Menangis Seharian Sebab Kalah
BACA >>> Marc Marquez [Siri 2]: Bakat Luar Biasa yang Konsisten Sejak 17 Tahun Lalu
BACA >>> Marc Marquez [Siri 3]: Pelumba Luar Biasa dengan Kemampuan Menyerap Kelajuan Super

SUMBER: Crash

Related

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ducati, Emilio Alzamora, Francesco Bagnaia, Gigi Dall'Igna, GP 2023, Kejuaraan Dunia MotoGP 2023, Marc Marquez, MotoGP, paolo ciabatti, Repsol Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev