TOYOTA baru saja mempamerkan Toyota Prius (2023) serba baharu yang didatangkan dalam dua varian: hibrid (HEV) yang bakal dilancarkan musim sejuk tahun ini, dan Plug-in Hybrid (PHEV) menjelang musim bunga 2023.
Secara am, Toyota Prius (2023) serba baharu menjalani proses rekaan semula untuk memperhalusi gaya dan menambah baik prestasi pemanduan berkonsepkan 'Hybrid Reborn'. Misi Toyota adalah mencipta kereta yang akan terus dipandu dan disukai si pemilik.
BACA >>> Pemandu Toyota Prius Kena Saman Pasang Piring Satelit Atas But Demi WiFi
BACA >>> Toyota Predator Prius (2021) - Kereta Hibrid yang Dibikin untuk Pemburu Binatang
Ini Prius generasi kelima yang dihasilkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) generasi kedua. Turut diwarisi ialah siluet unik monoform daripada model terdahulu.
Toyota kembali semula kepada kertas lakaran sebelum memulakan proses pembangunan Prius serba baharu dengan misi, model baharu itu perlu mampu kekal popular untuk 25 tahun akan datang.
Toyota Prius (2023) serba baharu ditawarkan di Jepun dan akan berada di Amerika Utara, Eropah dan negara lain dalam masa terdekat. Berikut perincian model itu:
WARNA
Ada lapan pilihan warna ditawarkan, termasuk dua warna asas baharu: Ash (kelabu) dan Mustard (kuning) untuk menyerlahkan gaya sporty.
REKABENTUK
- Meneruskan siluet signatur monoform Toyota Prius.
- Rekabentuk badan menawan dikatakan mampu mengekalkan populariti Toyota Prius pada masa akan datang.
- Pusat graviti (CoG) lebih rendah dengan saiz rim 19 inci.
- Rupa depan mirip yu tanduk untuk mencapai tahap tinggi imbangan antara fungsi dan gaya.
- Rekabentuk belakang menggabungkan kombinasi lampu belakang horizontal.
- Prius didatangkan dengan bumbung panoramik boleh buka penuh.
- Varian Toyota Prius PHEV disediakan sistem pengecas kedua berasaskan solar yang membantu menukar tenaga solar kepada elektrik dan mampu menghasilkan kuasa pemanduan sejauh 1,250km setiap tahun.
- Badan Toyora Prius lebih tegar kerana menggunakan platform TNGA generasi kedua.
- Sistem suspensi strut MacPherson dan double wishbone (belakang) untuk kestabilan lebih baik atas laluan lurus dan responsif di selekoh.
KABIN
- Berkonsep 'arkitektur pulau' untuk mengurangkan stres dengan ruang kabin lebih selesa menerusi rekaan kokpit untuk membantu memudahkan fokus pemandu ketika memandu.
- Ruang kabin hitam dengan aksen kontras pada papan pemuka, sulaman kerusi dan tombol gear.
- Kluster instrumen buat kali pertama menggunakan sistem amaran bercahaya Toyota, dengan papan pemuka memaparkan amaran kelipan sebelum mengeluarkan amaran bunyi jika mengesan ancaman objek. Ini kerana Toyota mengintegrasikan teknologi Toyota Safety Sense (TSS) bersama papan pemuka.
TRENKUASA
Sistem hibrid generasi baharu Toyota Prius (2023) kini lebih cekap penggunaan tenaga yang terdiri daripada dua jenis, iaitu;
2.0L Hibrid Plug-In (PHEV)
- Trenkuasa 2.0L pertama Toyota untuk sistem PHEV bagi daya pecutan lebih baik, termasuk menambah baik redaman bunyi bising berbanding model terdahulu.
- Menawarkan kuasa 164kW (220hp) dengan kecekapan penggunaan tenaga sama seperti model sebelumnya.
- Pecutan 0-100kmj dalam masa 6.7 saat.
- Jarak pemanduan menggunakan kuasa elektrik kini 50 peratus lebih tinggi daripada model lama.
- Ada pilihan mod My Room Mode untuk penumpang menikmati penyaman udara dan sistem audio menggunakan bekalan kuasa luaran dengan menghidupkan butang kuasa ketika proses mengecas bateri.
- Pek bateri kini diletakkan bawah tempat duduk belakang dan bukan lagi di ruang but, sekali gus membantu menurunkan pusat graviti yang membolehkan lebih banyak barang disimpan.
2.0L dan 1.8L Series Parallel Hybrid
- Menggunakan enjin Dynamic Force dan varian 2.0L menawarkan output kuasa 144kW (190hp), iaitu 1.6 kali lebih tinggi berbanding varian 1.8L.
- Sistem terbaharu E-Four menawarkan prestasi mendaki bukit lebih baik, terutama atas permukaan licin dan memberikan kestabilan lebih baik ketika membelok.
- Toyota tidak berkongsi maklumat mengenai trenkuasa 1.8L.
TOYOTA SAFETY SENSE (TSS)
Pakej TSS kini diberikan standard untuk semua varian Toyota Prius (2023) serba baharu. Malah keupayaan mengesan objek turut dipertingkat untuk keselamatan pengguna.
Toyota Prius (2023) juga dilengkapi ciri Advanced Park (kini dengan fungsi kawalan jauh) yang memudahkan kereta diparkir automatik. Malah kereta ini boleh dikawal masuk atau keluar parkir sendiri walaupun pemandu berada luar kereta dengan akses dibuat menggunakan aplikasi mobil.
Ada kamera monokular depan dan belakang untuk Digital Inner Mirror yang berfungsi sebagai perakam pemanduan. Data dirakam disimpan dalam unit kawalan elektronik (ECU) untuk mengelak insiden data rosak atau masalah lain berkaitan kad SD.
BACA >>> #BikinKereta: Tuner Jepun Perkenal Pakej Kit Badan Ferrari FF untuk Toyota Prius
BACA >>> Toyota Hentikan Pengeluaran Prius C untuk Beri Laluan Kepada Corolla Hybrid
BACA >>> Toyota Prius C Tampil Versi Ranggi Ala Crossover
BACA >>> 10 Kereta Paling Laris di Jepun Setakat Penggal Pertama 2016, Toyota Prius Laku Keras
Leave a Reply