• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 500k Unit Volkswagen ID. Dijual Seluruh Dunia, ID.4 Bakal Tiba di Malaysia!

500k Unit Volkswagen ID. Dijual Seluruh Dunia, ID.4 Bakal Tiba di Malaysia!

November 28, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APAKAH cara untuk menentukan kejayaan kereta elektrik? Paling mudah adalah berdasarkan jumlah jualan seperti ditunjukkan sambutan pengguna terhadap kereta elektrik Volkswagen ID.

Sejak penyerahan pertama Volkswagen ID.3 pada Oktober 2020, pengeluar dari Jerman itu sudah menyerahkan 500,000 unit pelbagai model ID. kepada pelanggan serata dunia. Angka itu dicapai walaupun berdepan cabaran bekalan. Menariknya, ia dicapai lebih awal daripada tahun sasaran - 2023!

BACA >>> Volkswagen ID.Buzz - Jelmaan Van Ikonik Kombi Bakal Diperkenal!
BACA >>> Ora Good Cat (2022) Kini di Malaysia, Harga Mula 139.8k dengan Waranti Bateri 8 Tahun!

Di sebalik kejayaan itu, Volkswagen kini mempunyai kira-kira 135,000 unit tempahan dan sedang berusaha keras menyerahkan produk itu secepat mungkin kepada pelanggan.

Siri keluarga Volkswagen ID. terdiri daripada pelbagai model seperti Volkswagen ID.3, Volkswagen ID.4, ID.5 dan Volkswagen ID.6. Daripada empat model itu, Volkswagen sudah mempamerkan crossover Volkswagen ID.4 di Malaysia yang khabarnya bakal ditawarkan dalam masa terdekat.

Volkswagen ID.4

Dari segi sambutan, Volkswagen ID.4 mengungguli pendaftaran kenderaan elektrik (EV) sepanjang Oktober di Norway yang menjadi 'lubuk' pengangkutan elektrik.

Volkswagen juga mempunyai perancangan besar dalam menawarkan kereta elektrik dan mahu melancarkan 10 model elektrik baharu menjelang 2026.  Menyedari harga memainkan peranan penting, Volkswagen merancang menawarkan kereta elektrik aras mula pada harga sasaran bawah €25,000 (RM118,350)

Volkswagen ID.4

Selain itu, bermula 2023, Volkswagen hanya akan mengeluarkan EV di Eropah. Strategi lain Volkswagen dalam menghasilkan kenderaan elektrik ialah Platform MQB yang digunakan pada banyak model, termasuk pelbagai jenama di bawah Volkswagen Group.

Bagi EV, Volkswagen menggunakan platform Modular Electric Drive Matrix (MEB) yang berjaya mempercepatkan program mobiliti elektrik global dirancang. Platform itu menjadi asas teknikal kepada semua model EV Volkswagen ID.

MEB bermanfaat dari segi skala ekonomi kerana mampu mengurangkan kos EV dan mempercepatkan peralihan kepada pengangkutan neutral karbon. MEB juga direka untuk proses pengeluaran yang pantas dan cekap. Faedah diperoleh menyumbang kepada skala ekonomi dan seterusnya menjadikan EV lebih mampu milik untuk lebih ramai pengguna.

Volkswagen ID.4

Mengenai penawaran di pasaran tempatan, Volkswagen ID.4 versi Pro Performance yang dibawa Oktober lalu mempunyai dimensi lebih kurang sama seperti Hyundai IONIQ 5 dan Kia EV6 serta boleh dipandu sejauh 519km.

Penawaran EV kini begitu rancak di negara kita dengan pelbagai jenama massa dan premium sudah menawarkan model masing-masing. Kehangatan itu disumbang pengecualian cukai dan duti Kerajaan selain harga jualan pada angka menarik.

BACA >>> Volkswagen Pamer Model Konsep ID.Buzz Cargo untuk Paramedik, Jual Ais krim dan Lain-Lain
BACA >>> Volkswagen Amarok (2023) Diperkenal dengan Lima Enjin Turbo Diesel, dan Petrol!

Volkswagen ID.3
Volkswagen ID.4
Volkswagen ID.4
Volkswagen ID.4
Volkswagen ID.4
Volkswagen ID.4
Volkswagen ID.5
Volkswagen ID.6

Related

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Group, Volkswagen ID, Volkswagen ID 3, Volkswagen ID.4, Volkswagen ID.5, Volkswagen ID.6, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my