• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemilik BMW Boleh Main Games Guna Skrin Infotainment Semudah Imbas Kod QR

Pemilik BMW Boleh Main Games Guna Skrin Infotainment Semudah Imbas Kod QR

October 12, 2022 By Han Othman Leave a Comment

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Group mengumumkankolaborasi dengan AirConsole yang bakal membawa permainan video (games) kasual untuk kenderaan baharu jenama itu menjelang tahun depan.

Dalam satu kenyataan, BMW Group mendakwa baru saja memilih rakan kongsi untuk pembangunan platform permainan video menerusi program BMW Garage Startup.

BACA >>> BMW S 1000 RR (2023) Diperkenal, Kuasa Kini 207hp!
BACA >>> BMW Malaysia Tawar Dua Varian BMW 3 Series Edisi Terhad (2022), Harga Mula RM262k!

Menurut BMW Group, platform AirConsole sangat sesuai dengan paparan lengkung BMW Curved Display yang menawarkan kepelbagaian katalog permainan video. Permainan video itu dapat dimainkan terus menerusi sistem hiburan kenderaan. Malah teknologi Air Console membolehkan permainan video dihantar terus secara atas talian (OTA) dan dikawal menggunakan telefon pintar.

Naib Presiden Kanan Pembangunan Syarikat BMW Group Connected, Stephan Durah berkata, BMW akan memanfaatkan teknologi inovatif yang menggabungkan pelbagai permainan video menyeronokkan dan multipemain dengan AirConsole dalam kenderaan.

Ini akan membuatkan situasi menunggu dalam kenderaan seperti mengecas (kenderaan elektrik) jadi menyeronokkan," kata Durah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) N-Dream, Anthony Cliquot meluahkan rasa bangga atas perkongsian tersebut dan teruja untuk menghasilkan permainan video baharu untuk hiburan dalam kereta. Sebagai makluman, N-Dream ialah syarikat di sebalik jenama AirConsole.

Arkitektur bijak yang dipadankan dengan akses mudah platform kami  akan mengubah cara pengguna berhibur dalam kenderaan mereka," katanya.

BMW Group juga memberi jaminan tetapan AirConsole akan berjalan lancar, dan pemain hanya memerlukan telefon pintar yang akan berfungsi sebagai alat kontrol permainan video dan paparan BMW Curved Display.

Menurut BMW Group lagi, sambungan antara telefon pintar dan kenderaan sudah ada, sebagai contoh, dengan mengimbas kod QR dalam kenderaan pemain boleh segera menikmati permainan video.

BACA >>> #RetroAuto: Inilah 5 Permainan Video Arked Lumba Bertaraf Legenda Era 80-90-an
BACA >>> Toyota GR Yaris 'Laku Keras' dalam Permainan Video Gran Turismo Sport, 310k Unit Terjual!

Related

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AirConsole, Anthony Cliquot, Auto Terkini, BMW Curved Display, BMW Garage Startup, BMW Group, N-Dream, Stephan Durah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my