• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota GR Yaris 'Laku Keras' dalam Permainan Video Gran Turismo Sport, 310k Unit Terjual!

Toyota GR Yaris 'Laku Keras' dalam Permainan Video Gran Turismo Sport, 310k Unit Terjual!

December 30, 2020 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


GR YARIS mungkin menjadi titik tolak kejayaan Toyota yang bukan saja dalam dunia sebenar, tetapi juga digital apabila ratusan ribu unit terjual dalam permainan video Gran Turismo Sport.

Memetik angka disiarkan Sony, Toyota mendakwa menjual 310,000 unit GR Yaris dalam permainan video popular PS4, lapor GTPlanet. Jumlah itu nyata menakjubkan jika mengambil kira GR Yaris pun baru saja dilancarkan dalam Gran Turismo Sport beberapa bulan lalu.

Selain hot-hatch dengan trenkuasa DNA rali, yang turut ditawarkan dalam permainan video WRC 9 untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S dan Microsoft Windows dalam spesifikasi Rally Concept, Toyota turut menjual hampir 1.8 juta unit GR Supra 2019 dan 2020 dalam Gran Turismo Sport.

Berasaskan platform kustom yang menggabungkan arkitektur depan GA-B dan belakang GA-C, GR Yaris menggunakan konfigurasi pacuan semua roda (AWD) dan tetapan suspensi baharu dengan unit double-wishbone di belakang. Ia juga menggunakan sistem brek cakera lelubang untuk semua roda dengan brek kaliper 4-piston di depan dan 2-piston di belakang.

Trenkuasa dijana enjin 1.6L pengecasturbo berkuasa 257ho dan tork 360Nm untuk model Eropah, dan 268hp dan tork 270Nm untuk model Jepun, manakala transmisi jenis manual 6-kelajuan. Berat model ialah 1,280kg yang memerlukan 5.5 saat untuk memecut 0-100kmj. Kelajuan maksimum mampu mencapai 230kmj.

BACA >>> #RetroAuto: Inilah 5 Permainan Video Arked Lumba Bertaraf Legenda Era 80-90-an

toyota-gr-yaris-gran-turismo-sport-1
toyota-gr-yaris-gran-turismo-sport-2
toyota-gr-yaris-gran-turismo-sport-3
toyota-gr-yaris-gran-turismo-sport-4
toyota-gr-yaris-gran-turismo-sport-5

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Gran Turismo Sport, permainan video, Playstation 4, PS4, Toyota, Toyota GR Yaris (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my