DESAS-desus kehadiran Suzuki S-Presso (2022) di pasaran Indonesia sudah lama kedengaran, dan akhirnya model kei-car itu dilancarkan secara rasmi bulan lalu. Walaupun mendapat cemuhan netizen republik itu, jualan kereta bandar gaya crossover itu nyata memberangsangkan.
Suzuki Indomobil Sales (SIS) awalnya mensasarkan jualan sekitar 2,300 unit hingga akhir tahun ini, iaitu kira-kira 460 unit sebulan. Sebenarnya sasaran itu adalah tinggi buat model baharu berstatus import penuh (CBU) yang dikatakan tidak memenuhi cita rasa pembeli Indonesia.
BACA >>> Maruti Suzuki S-Presso Lancar di India, SUV Keicar Bawah RM30k
BACA >>> Suzuki UK Lancar Ignis Adventure dan Vitara Kuro Versi Edisi Khas
Namun, apa diperoleh Suzuki melebihi jangkauan. Sepanjang Julai lalu, Suzuki menghantar 578 unit S-Presso kepada pengedar, manakala jualan Ogos mencatatkan 754 unit. Ini bermakna sudah 1,332 unit sudah dijual. Nampaknya, rekabentuk comel dan pilihan warna yang pelbagai, termasuk tawaran diskaun menarik minat pembeli di sana.
Jika angka jualan konsisten hingga akhir tahun, Suzuki mungkin dapat mengatasai sasaran awal jualan. Malah, model itu dikatakan tiada stok untuk varian tertentu.
S-Presso untuk pasaran Indonesia ialah model CBU dari India. Selain itu, SIS turut mengimport model Ignis dari negara Asia Selatan tersebut, tetapi tidak selaris S-Presso (2022).
Berikut spesifikasi Spresso (2022) versi Indonesia:
- Dijana enjin petrol 3-silinder 12-injap sebaris 998cc berkuasa 67hp @5,000rpm dan 90Nm @ 3,500rpm dengan pilihan transmisi automatik 5-kelajuan dan manual 5-kelajuan.
- Brek cakera di depan dan brek dram di belakang.
- Ada enam ppilihan warna: Sizzle Orange (jingga), Solid Fire Red (merah), Pearl Starry Blue (biru), Granite Gray Metallic (kelabu), Silky Silver Metallic (perak) dan White (putih)
- Sistem suspen strut MacPherson (depan) dan torsion beam (belakang)
- Dimensi panjang 3565mm, lebar 1520mm dan tinggi 1565mm
- Rim aloi 14 inci dengan tayar 165/70R
- Kapasiti tangki petrol 27 liter, berat 1,170kg
- Dilengkapi ciri 2 beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), imobilizer, tali keledar 3-poin ELR dengan prategang dan pengehad daya di depan dan belakang, sensor parkir belakang.
- 4 kerusi, lampu utama halogen, penyaman udara manual.
- Turut dilngekapi pemadam api.
- Harga 155 juta rupiah (RM47,070) untuk manual, dan 164 juta rupiah (RM49,810) untuk automatik.
BACA >>> Suzuki Indonesia Lancar Skuter Hendal Bogel NEX Crossover (2020), Harga RM5.2k
BACA >>> Keicar Elektrik Nissan Sakura (2023) Diperkenal, Harga Mula RM80.5k
Leave a Reply