• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Motosikal Asyik Naik, Ini Penjelasan Orang Kuat Yamaha

Harga Motosikal Asyik Naik, Ini Penjelasan Orang Kuat Yamaha

September 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEPERTI yang dilaporkan pagi tadi, ada lima produk keluaran Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengalami kenaikan harga jualan asas atau harga disyorkan sejak beberapa bulan lalu.

Kenaikan harga itu melibatkan barisan motosikal kapcai iaitu 135LC  dan Y15ZR, sportbike YZF-R25, streetbike MT-15 dan rangkaian skuter NMAX serta XMAX.

BACA >>> Yamaha 135LC Fi 5MRO Malaysian Edition Lancar 5,000 Unit Sahaja, Harga RM9,198!

Untuk mengetahui isu kenaikan harga motosikal dan skuter jenama Yamaha, Pandulaju sempat meminta penjelasan daripada Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Bhd., Datuk Dr. Jim Khor Mun Wei.

Ini kata beliau:

"Kenaikan harga ini disebabkan berlaku kenaikan kos material. Nilai matawang Ringgit menyusut menyebabkan kos material meningkat. Semuanya kos bertambah.

“Kenaikan (harga) bergantung pada sesuatu model dan berbeza antara satu sama lain. Kami akan selaras mengikut setiap sesuatu. Pihak yang terjejas (akibat kenaikan kos) terpaksa menyusun semula dan memindahkannya (sebahagian kos) ke pasaran.”

Sekadar makluman, HLYM memperoleh sebahagian bekalan komponen untuk aktiviti pemasangan motosikal dan skuter dari negara-negara ASEAN, Asia termasuk Jepun, India dan China.

BACA >>> Perodua Tiada Pelan Naikkan Harga Kereta, Tapi Cuba Turunkan Harga Alat Ganti
BACA >>> Perodua Sahkan Tiada Rancangan Naikkan Harga Kenderaan Tahun Ini

Bukan hanya di Malaysia, Yamaha juga ada meningkatkan harga jualan motosikal dan skuter di beberapa pasaran lain termasuk di India. Malah ada juga beberapa pemain industri seperti pengeluar kereta sudah mengambil langkah sama lebih awal kerana tidak berdaya menyerap kenaikan kos bahan mentah dan material.

BACA >>> Lama Sangat Dapat Motor, Ini Penjelasan Orang Kuat Yamaha
BACA >>> China Dilanda Kemarau, Bakal Cetus Satu Lagi Gangguan Rantaian Bekalan Global?
BACA >>> Konflik Rusia-Ukraine Cetus Gelombang Kedua Bekalan Semikonduktor Dunia?
BACA >>> Krisis Bekalan Cip Semikonduktor: Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?
BACA >>> Harga Yamaha YZF-R15M Dijangka Lebih RM15k?

Related

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Datuk Dr. Jim Khor Mun Wei, Harga Motor Naik, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), roda2, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my