• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Dedah Strategi Lancar 10 Model Motosikal, Skuter Elektrik Menjelang 2025

Honda Dedah Strategi Lancar 10 Model Motosikal, Skuter Elektrik Menjelang 2025

September 13, 2022 By Shawkath Leave a Comment

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA Motor Co., Ltd. (HMC) mengumumkan rancangan mahu meluaskan tawaran motosikal elektrik dengan sekurang-kurangnya 10 model baharu menjelang 2025.

Buat masa ini, Honda cuma menawarkan motosikal elektrik untuk keperluan bisnes (B2B) dan bukannya jualan kepada orang awam (B2C). Honda menamakannya sebagai e:Business Bike.

BACA >>> Kawasaki Daftar Nama E-Boost, Petanda Awal Ketibaan Model Elektrik dan Hibrid?

Thailand dan Vietnam, syarikat pos menggunakan motosikal elektrik Honda untuk tujuan kiriman pos. Di Indonesia, motosikal elektrik Honda digunakan firma seperti Gojek dan Grab.

Pegawai Pengurusan HMC, Yoshishige Nomura berkata:

“Untuk kegunaan persendirian, Honda merancang untuk memperkenalkan dua motosikal elektrik antara 2024 dan 2025 di Asia, Eropah dan Jepun.

“Honda sedang meneroka pelbagai model untuk kegunaan persendirian termasuk pilihan sumber tenaga selain penukaran bateri selepas membuat ramalan persekitaran pasaran masa depan, penggunaan dan pembangunan berterusan teknologi.”

BACA >>> Honda, Yamaha, Kawasaki dan Suzuki Akan Bekerjasama Tetapkan Standard Motosikal EV

Nomura menyatakan basikal elektrik dan moped elektrik merangkumi lebih 90 peratus jualan motosikal elektrik global. Angka itu dijangka mencecah sehingga 50 juta unit.

Nomura berkata:

“Di China, pasaran terbesar dunia untuk motosikal elektrik, moped elektrik dan basikal elektrik diterima baik sebagai satu kaedah mobiliti yang mudah untuk kegunaan harian.

“Honda merancang untuk memperkenalkan lima model moped elektrik dan juga basikal elektrik kompak serta mampu milik pada waktu semasa hingga 2024 di Asia, Eropah dan Jepun selain China.”

Sebagai tambahan, Honda juga ada motor elektrik yang dipanggil Fun EV. Jika melihat pada imej bayangan, nampak macam model motosikal bersaiz besar atau big bike.

BACA >>> 4 Gergasi Motosikal Umum Kerjasama Hasilkan Bateri Standard untuk Kenderaan Elektrik Ringan

Nomura menyatakan:

“Berdasarkan platform motosikal elektrik FUN yang sedang dibangunkan, Honda merancang untuk memperkenalkan sejumlah tiga model bersaiz besar di Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah antara 2024 hingga 2025.”

Pengeluaran motosikal elektrik tidak tertumpu kepada orang dewasa sahaja tetapi turut memberi fokus kepada kanak-kanak.

SUMBER: Kompas

Related

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: e:Business Bike, Honda Motor Co. Ltd, Motosikal Elektrik Honda, roda2, Yoshishige Nomura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev