DUCATI bersedia memperkenalkan tujuh model baharu pada acara World Premiere Series tahun ini dan salah satu motosikal itu dijangka Diavel V4 berdasarkan foto intip tular di media sosial.
Berdasarkan foto intip itu didedahkan:
- Diavel V4 mendapat kemas kini fasia baharu seperti lampu utaa LED yang mirip Monster baharu, dengan mengekalkan rekabentuk asas sedia ada.
- Lampu signal belok depan dipasangkan bersama baer hendal, manakala panel sisi nampak seperti direka baharu. Tetapan ekzos kuad adalah bukti paling jelas mengenai perubahan dilakukan Diavel V4.
- Enjin 1,262cc Testastretta DVT V-Twin akan digantikan trenkuasa V4 Granturismo yang turut menjadi nadi kuasa Multistrada V4 dengan output kuasa mampu mencapai 170hp dan tork 125Nm, manakala transmisi manual 6-kelajuan.
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock di belakang dengan tetapan seperti model sedia ada, tetapi komponen swingarm sebelah nampak seperti mengalami perubahan.
- Sistem brek juga seperti tidak berubah.
- Kelihatan juga sulaman Diavel V4 pada pelana, manakala peg kaki untuk pembonceng dan madgad belakang nampak mirip dipasangkan pada model semasa. Rekabentuk tayar juga nampak sama tetapi tidak identik.
- Model baharu ini dijangka lebih mahal daripada model semasa.
BACA >>> Ducati Panigale V4 25º Anniversario 916 Sempena Tribut Superbike Ikonik 916
BACA >>> Ducati Diavel 1260 Lamborghini - Superbike Edisi Terhad Ilham Huracan Siàn!
Leave a Reply