• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian LPT3 Selesai, Sekarang Tunggu Kata Putus Unit Perancang Ekonomi, Bajet Kerajaan

Kajian LPT3 Selesai, Sekarang Tunggu Kata Putus Unit Perancang Ekonomi, Bajet Kerajaan

September 6, 2022 By Azhan O Leave a Comment

541
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAJIAN pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) sudah diselesaikan dan dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurutnya, Kementerian Kerja Raya (KKR) kini menunggu tindakan selanjutnya daripada agensi berkenaan dan EPU akan memutuskan sama ada perbelanjaan LPT3 akan diperuntukkan dalam Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) atau seterusnya.

BACA >>> Nahas 4 Kenderaan Di LPT 2: Budak Perempuan 10 Tahun Maut Tercampak Keluar
BACA >>> 5 Stesen Cas DC untuk Kenderaan Elektrik di Petronas PLUS, LPT Tahun Depan

Fadillah berkata, pembinaan LPT3 juga bergantung kepada kemampuan kewangan Kerajaan selain mengambil kira keutamaan projek yang dikemukakan setiap negeri.

Tanggungjawab kita (KKR) adalah membuat kajian. Sekarang kita tunggu apa hala tuju baharu dari segi peruntukan.

“Selepas kita dapat hala tuju, barulah kita akan tahu bila akan dilaksanakan,” katanya.

Fadillah berkata demikian selepas majlis prapelancaran Persidangan dan Pameran Jalan Malaysia (MRC) ke-11 serta Kongres Persekutuan Jalan Antarabangsa (IRF) Wilayah Asia-Pasifik keempat di Kuala Lumpur, hari ini.

Kerajaan sebelum ini meluluskan pelaksanaan pembinaan LPT3 dengan kos kerja awalan keseluruhan bernilai RM35 juta. Cadangan pembinaan LPT3 itu melibatkan jarak 150km bermula Gemuroh, Terengganu ke Tumpat, Kelantan.

BACA >>> Perodua Tambah Lagi Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat di Pantai Timur
BACA >>> Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus Luaskan Rangkaian 3S di Pantai Timur

SUMBER: Bernama

Related

541
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Fadillah Yusof, Kajian Lebuh Raya, Kajian LPT3, Kementerian Kerja Raya (KKR), Lebuh Raya, Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3), LPT3, Menteri Kanan Kerja Raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev