Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nahas 4 Kenderaan Di LPT 2: Budak Perempuan 10 Tahun Maut Tercampak Keluar
Auto Terkini

Nahas 4 Kenderaan Di LPT 2: Budak Perempuan 10 Tahun Maut Tercampak Keluar

FarahBy Farah18/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEBUAH rakaman kamera pemuka (dashcam) menyaksikan dua kemalangan di tempat yang sama membabitkan empat kenderaan di Kilometer 425.9, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran susur keluar Kuala Terengganu, Kuala Terengganu pada malam Sabtu, menjadi tular di laman sosial.

Kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu melibatkan kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Pajero, Ford Ranger, sebuah lori dan sebuah kereta Proton Saga.


Nahas itu mengakibatkan seorang kanak-kanak perempuan maut tercampak keluar dari kenderaan Mitsubishi Pajero dinaikinya, sementara lima ahli keluarganya lain cedera.

Mangsa, Sayyeda Kadeja, 10 tahun, cedera parah di kepala dan anggota badan dan meninggal dunia sebaik tiba untuk mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada pukul 2.19 pagi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Zuraidi Mohd. Yusuf berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, Mitsubishi Pajero dinaiki enam beranak berkenaan telah terbalik akibat kemalangan itu.

“Mangsa (Sayyeda Khadeja) telah tercampak keluar kira-kira lima meter dari kenderaannya manakala lima ahli keluarganya yang cedera dibantu keluar oleh pengguna jalan raya lain,” katanya.

Sementara itu pemandu Proton Saga FL yang terlibat dikenali sebagai Muhd. Nazif Hairuzamil, 24, dia dalam perjalanan menuju Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur sebelum melalui kawasan kemalangan itu.

“Ketika kejadian, kemalangan itu sudah berlaku dan saya cuba mengelak lori terbabit namun kereta saya terlanggar sebuah sebuah pacuan empat roda yang sudah remuk di lorong kanan lebuh raya.

“Selepas keluar daripada kereta saya lihat sebuah Pajero lain dalam keadaan terbalik dan terdengar tangisan kanak-kanak sebelum orang ramai mula berhenti memberi bantuan,” katanya.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, rakaman dashcam kemalangan itu menjadi tular dan netizen mempersoalkan lebuh raya itu terlalu gelap mengakibatkan dua kemalangan berlaku berturut.

BACA>>> JPJ, Polis Nafi Beri Diskaun Saman 50 Peratus!
BACA>>> Ratapan Pilu Bapa Lihat Mayat Anak Kemalangan Ketika Konvoi Di LPT2

SUMBER: Kosmo, Utusan

budak tercampak keluar kemalangan lPT2 kemalangan maut kemalangan viral
Farah

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.