KENDERAAN utiliti sukan (SUV), Mahindra Scorpio-N mendapat sambutan hangat di pasaran India apabila 25,000 unit pertama model itu terjual sepantas kurang seminit hingga menyebabkan laman web pengeluar itu tergendala.
Scorpio-N, diberikan julukan 'bapa besar SUV' (big daddy of SUVs), ialah SUV badan-atas-frem (body-on-frame) baharu Mahindra bagi menggantikan model Scorpio lama yang sudah berusia.
BACA >>> Mahindra-Ford Umum Perjanjian Usahasama Strategik
Model ini ditawarkan dalam versi petrol dan diesel dengan opsyen pacuan empat roda (4WD), serta diperkenalkan pada Mei lalu sebelum melakukan debut rasmi Jun lalu.
Menurut Mahindra, 25,000 unit awal itu dijual pada harga antara 1,199,000 rupee (RM67,480) dan 1,949,000 rupee (RM109,670) bergantung varian, tetapi harga akan meningkat untuk tempahan seterusnya. Situasi itu membuatkan ramai pembeli menyerbu laman web pengeluar tersebut dengan harapan dana merebut slot tempahan awal.
Sistem mula menerima tempahan pada 30 Julai lalu dengan mendapat trafik luar luar biasa hingga semua model tempahan awal berjumlah 25,000 unit, habis dalam masa 55 saat!
Situasi itu juga membuatkan ramai pembeli membuat aduan mengenai masalah sistem tergendala yang menghalang mereka melengkapkan tempahan untuk membuat deposit. Namun, pada masa sama, Mahindra masih dapat mengumpul lebih 100,000 tempahan dalam 30 minit pertama.
Setiap tempahan memerlukan pembeli meletakkan deposit 18,000 rupee (RM1,000) dengan jumlah keseluruhan AS$22.7 juta (RM101 juta) diperoleh!
Mahindra kemudian memaklumkan, setiap pembeli yang menekan butang bayaran sudah direkodkan masa. Justeru mudah untuk mengenal pasti 25,0000 pembeli pertama yang mendapat akses harga promosi berkenaan.
Mahindra juga akan menghubungi setiap pembeli mengikut giliran bagi mengesahkan tempahan. Malah, pembeli yang sudah membuat tempahan juga masih boleh menukar varian dan spesifikasi dipilih hingga 15 Ogos ini jika mengubah fikiran. Apabila pilihan sudah dimuktamadkan, tarikh anggaran penghantaran akan diberikan.
Penghantaran Scorpio-N dijadualkan bermula 26 September ini, dan Mahindra mensasarkan pengeluaran lebih 20,0000 unit menjelang Disember tahun ini.
BACA >>> Ssangyong Failkan Muflis, Mahindra Tarik Diri Jadi Pelabur, Mahu Jual Saham
BACA >>> #BikinKereta: Ubah Suai Mahindra Thar Ala Mercedes G63 AMG 6x6
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply