• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ssangyong Failkan Muflis, Mahindra Tarik Diri Jadi Pelabur, Mahu Jual Saham

Ssangyong Failkan Muflis, Mahindra Tarik Diri Jadi Pelabur, Mahu Jual Saham

December 24, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SSANGYONG Motor
memfailkan muflis selepas gagal membuat pembayaran pinjaman bernilai 60 bilion won (RM219.8 juta). dijangka memberikan impak besar terhadap operasi syarikat.

Pengeluar automotif dari Korea Selatan itu mendakwa sudah mengemukakan perbicaraan mahkamah selepas gagal mencapai kesepakatan melanjutkan tarikh akhir bayaran pinjaman dengan bank asing, membabitkan Bank of America kira-kira 30 bilion won (RM110 bilion), JP Morgan Chase 20 bilion won (RM73.2 juta) dan BNP Paribas 10 bilion won (RM36.6 juta).

Pada 2010, Mahindra pernah menyelamatkan SsangYong daripada muflis dan menguasai saham pengeluar itu sebanyak 74.65 peratus. Terdahulu, Mahindra mendakwa akan menyuntik dana bernilai AS$423 juta (RM1.7 bilion) kepada SsangYong untuk mengembalikan keuntungan syarikat itu menjelang 2022, tetapi krisis Covid-19 nyata mengubah segala.

BACA >>> Mahindra Mahu Miliki 100 Peratus Saham Peugeot Motocycles

mahindra-logo
ssangyong-logo

Pada April, Mahindra menyatakan enggan melabur dalam SsangYong dan meminta pengeluar Korea itu mencari dana lain. Pada Jun pula, syarikat India itu bersedia menjual pemilikan saham dimilikinya. Ssangyong mencatatkan kerugian operasi selama 15 tahun berturut-turut dengan jualan menurun berikutan kekurangan model baharu sejak 2015.

SsangYong turut merancang menjual model elektrik penuh seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) Korando (foto atas) di Eropah yang dijadualkan dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) tahun ini, tetapi acara itu pula dibatalkan.

Dari Januari hingga November 2020, SsangYong cuma menjual lebih 20 peratus kenderaan berbanding 2019, seterusnya memburukkan lagi masalah kewangan syarikat itu.

BACA >>> Takata Rancang Failkan Muflis, Mahu Jual Aset Kepada Syarikat Alat Ganti Amerika
BACA >>> Foto Awal SsangYong Korando (2019) Didedahkan Menjelang Debut Geneva

Artikel Berkaitan

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Bankrap, Mahindra, Mahindra Group, muflis, SsyangYong, SsyangYong Korando

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my