VOLKSWAGEN Group mendedahkan model prototaip teksi terbang yang dihasilkan di China yang diberikan status sebagai ‘dron berpenumpang’.
Dipanggil V.MO, pesawat itu boleh berlepas dan mendaraf secara vertikal (menegak) dengan menggunakan kuasa elektrik penuh. Dron gergasi itu juga boleh terbang secara autonomi iaitu tanpa bantuan juruterbang.
BACA >>> Suzuki Pula Teroka Segmen Kereta Terbang, Versi Elektrik, Fokus Pasaran India
BACA >>> Kawasaki Cipta Dron Hibrid Guna Enjin Ninja ZX-10R, Mampu Terbangkan Objek 200kg!
Buat masa ini, produk itu masih dalam bentuk prototaip dan ada rancangan melakukan ujian penerbangan sebelum akhir tahun ini untuk ditambah baik. Kemudian, barulah model prototaip yang sudah dipertingkat akan melakukan penerbangan pada akhir musim panas 2023.
Dorn itu menggunakan lapan unit rotor untuk berlepas dan dua rotor untuk terbang secara horizontal (mendatar), manakala sasaran jarak penerbangan adalah sekitar 199km, dengan membawa empat penumpang berserta bagasi.
BACA >>> Polestar O2 - Roadster Elektrik yang Cantik dengan Dron di Belakang!
BACA >>> Dron UTHM Mampu Terbangkan Kargo 200kg, Masuk Rekod Malaysia
Menurut laporan, Volkswagen Group melihat servis itu sebagai tawaran premium kepada individu atau kumpulan kecil yang mahu menjimatkan masa perjalanan antara bandar, atau ke lapangan terbang.
Turut membantu pembangunan V.MO itu adalah beberapa rakan di China, termasuk Hunan Sunward Technology, yang juga subsidiari Sunward Group di Hunan. Firma itu ialah pakar dalam bidang pembangunan dan jualan produk penerbangan yang menumpukan pesawat sport ringan.
BACA >>> Sepanyol Guna Khidmat Dron Buru Pemandu Tidak Pakai Tali Keledar, Guna Telefon
BACA >>> UK Mahu Guna Dron Cari Jalan Berlubang di Lebuh Raya
BACA >>> Motosikal Elektrik Honda Masa Depan Akan Pasang Dron
BACA >>> Negeri Kadunia di Nigeria Akan Guna Dron untuk Hantar Vaksin Covid-19
BACA >>> Indonesia Lancar e-Hailing Mesra Alam, GrabCar Elektrik Perkenal Hyundai Ioniq EV
SUMBER: MotorAuthority
Leave a Reply