DEMAM kereta mini (keicar) buatan Jepun di negara kita semakin hebat. Selain Honda N-BOX, ada lagi yang dibawa masuk seperti Toyota Tank, Daihatsu Taft, Move, Tanto dan Suzuki Hustler!
Dari sejumlah model tersebut, N-BOX paling mudah ditemui di kedai pengimport dan atas jalan. Model keicar ini bukan calang-calang kerana sudah banyak tahun menerajui jualan kereta di Jepun.
BACA >>> Kembar Tak Serupa N-BOX, Honda N-WGN Custom (2022) Lancar di Jepun September Ini
BACA >>> Honda N-ONE - Kei Car Terbaik Jepun 2021/22!
Terbaharu, N-BOX mendahului jualan untuk setengah tahun pertama dari Januari hingga Jun 2022. Dominasi empat tahun N-BOX sebenarnya terjejas apabila Toyota Yaris berjaya mengungguli carta jualan kereta Jepun, tahun lalu. Jumlah jualan yang membolehkan N-BOX mendahului model lain sepanjang bulan itu adalah 103,948 unit!
Dari segi rekabentuk, N-BOX bukan dibuat comel, tetapi sebenarnya tampil serius. Honda mendakwa N-BOX adalah antara kereta mini terluas dalam kelas selain dilengkapi teknologi Honda SENSING untuk semua varian.
Dari segi usia, N-BOX kini berada dalam tahun ke-10 dengan dua generasi dan Honda meraikan pencapaian itu dengan memperkenalkan edisi khas, N-BOX Custom STYLE + BLACK. Model ini digerakkan dua jenis enjin, aspirasi natural (NA) 658cc, dan 658cc turbo yang dipadan transmisi automatik CVT.
Berikut fakta menarik tentang N-BOX:
- Jualan tahun awal pengenalan 2011 ialah 2,860 unit yang dilancarkan pada November 2011.
- Jualan 2012 mencatatkan 211,155 unit.
- Jualan paling rendah setahun penuh ialah 179,930 unit (2014).
- Jualan tertinggi pada 2019 (253,500 unit).
- Menerajui jualan kereta mini Jepun sejak 2013!
- Tewas kepada Toyota Yaris pada 2021 dengan menduduki tangga kereta kedua terlaris Jepun.
- Mendominasi jualan kereta terlaris Jepun selama empat tahun (2017-2020).
- Jualan keseluruhan 2011 hingga Jun 2022 ialah 2,202,946 unit!
BACA >>> Ciri Honda Civic Type R (2023) Didedahkan, Gaya Matang dengan Esktra Kuasa!
BACA >>> Syarikat Baharu Sony Honda Mobility Ditubuhkan, Bakal Jual EV pada 2025!
Honda N-BOX dan N-BOX Custom
Honda N-BOX Custom STYLE+ BLACK
Leave a Reply