• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Makassar Pening Kepala Penunggang Basikal Elektrik Masuk Jalan Raya

Polis Makassar Pening Kepala Penunggang Basikal Elektrik Masuk Jalan Raya

July 14, 2022 By Aryon Leave a Comment

352
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS di bandar raya Makassar di Sulawesi Selatan menegaskan akan mengambil tindakan ke atas penunggang basikal elektrik yang menunggang atas jalan raya.

Justeru polis kini sedang berusaha mendaftarkan baki stok basikal elektrik bertujuan mengenal pasti jumlah unit yang sudah dijual kepada pelanggan.

BACA >>> Sportbike Elektrik Triumph TE-1 Siap Diuji, Sama Hebat Seperti Speed Triple 1200!

Polis Makassar juga mengharapkan peniaga tidak melakukan penipuan ketika pendaftaran dibuat di gudang dan kedai basikal elektrik mereka.

Pihak berkuasa Makassar mengeluarkan larangan penggunaan basikal elektrik dikuasakan bateri di jalan raya kerana dianggap berbahaya. Justeru pelanggan yang sudah membeli diminta tidak menunggang atas jalan raya umum, apatah lagi membiarkan anak bawah 17 tahun menunggang.

Penunggang basikal elektrik juga diminta sentiasa memakai helmet ketika menunggang dan mengekalkan kelajuan antara 10-15kmj.

Menurut polis, basikal elektrik hanya boleh digunakan di kawasan rumah, dan pasar raya dalam batasan tertentu, bukan atas jalan raya umum. Polis juga mengharapkan pengawal keselamatan dapat menjaga dan mengawasi pintu pasar raya. Ini adalah penyelesaian awal dan jika gagal dilakukan, polis mungkin perlu mengeluarkan kompaun.

Asalnya, polis hanya membenarkan penggunaan basikal elektrik kepada individu atau peniaga di tempat riadah, kawasan pelancongan, kilang, pejabat dan petugas parkir di pusat beli-belah.

Penjual basikal elektrik mesti menjelaskan syarat penggunaan tidak boleh ditunggang atas jalan raya atau jalan awam. Penjual akan diminta menyediakan surat daftar dan pembeli perlu menandatangani surat akuan untuk tidak menunggang atas jalan raya umum.

BACA >>> Kawasaki Elektrode (2023), Basikal Elektrik Kanak-Kanak, Harga Mula RM4.8k!
BACA >>> Garis Panduan e-Skuter, Basikal Letrik di Malaysia Hampir Siap, Tak Boleh Lebih 25kmj

SUMBER: Kompas.com

Related

352
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bandar Raya Makassar, basikal elektrik, Sepeda Listrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev