TRIUMPH Motorcycles India memperkenalkan Speed Triple 1200 RS (2022) untuk pasaran negara itu selepas sebulan streetfighter itu didedahkan ke pasaran antarabangsa.
Model edisi baharu itu akan dijual pada harga 17,95,000 rupee (RM 101,090).
BACA >>> Triumph Trident 660 (2022) Tambah Warna Baharu di India Tanpa Perubahan Spesifikasi
Kemas kini dilakukan adalah pilihan warna baharu, dipanggil Baja Orange (jingga) yang juga diperkenalkan pada Trident 660 (2022). Ia diserikan dengan grafik Silver Ice dan Graphite 'RS' pada tangki minyak dengan tona jingga mewarnai sebahagian besar badan, manakala fender mendapat kemasa gentian karbon.
Dijual bersama warna baharu itu untuk Speed Triple 1200 RS (2022) ialah Matte Silver Ice and Sapphire Black. Selain perubahan kosmetik, ciri lain kekal sama, iaitu:
- Enjin 4-lejang 12-injap 3-silinder sebaris 1160cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 177.5hp @ 10,750rpm, dan tork 125Nm @ 9,000rpm.
- Transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat dengan ciri antigelincir Assist & Slipper (A&S)
- Brek cakera kembar apung 320mm dengan kaliper monoblok Brembo Stylema di depan, dan cakera tunggal 220mm dengan kaliper dwi-piston Brembo (belakang).
- Suspensi fork terbalik (USD) Öhlins 43mm NIX30 boleh laras prabeban dan jarak travel 120mm (depan), dan monoshock tiub kembar TTX36 Öhlins boleh laras prabeban dengan jarak travel 120mm (belakang).
- Tayar Metzeler Racetec RR K3 120/70 ZR17 (depan), dan 190/55 ZR17 (belakang)
- Panel meter TFT 5 inci berwarna penuh.
- Kapasiti tangki minyak 15.5 liter, berat basah 198kg, tinggi pelana 830mm.
- Mendapat ciri keselamatan ABS Selekoh, sistem kawalan traksi boleh ubah, lima mod tunggang, kawalan wheelie, sistem kawalan jelajah, dan Quickshifter.
BACA >>> Triumph Speed Triple 1200 RS (2021) Lancar dengan Enjin Lebih Berkuasa, Harga RM83.9k
BACA >>> Triumph Tiger Sport 660, Tiger 1200, Speed Triple RR di Malaysia! Harga Mula RM49k!
SUMBER: BikeWale
Leave a Reply