• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gojek Jadi Masuk Pasaran Malaysia?

Gojek Jadi Masuk Pasaran Malaysia?

June 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA banyak syarikat menawarkan perkhidmatan e-hailing di Malaysia, dan Grab adalah terbesar dengan menguasai 72 peratus pasaran negara.

Di Indonesia, Grab berdepan saingan sengit daripada firma termpatan, Gojek yang menawarkan khidmat pengangkutan menggunakan kereta dan motosikal serta beberapa servis lain.

Beberapa hari lalu, portal Vocket berkongsi cerita mengenai Honda City dengan logo Gojek dikesan di Kuala Lumpur. Laporan mendedahkan ada penggambaran dibuat membabitkan ‘kereta Gojek’ sambil diiringi peronda trafik polis.

BACA >>> Dego Ride, Gojek Mula Uji Operasi Motosikal e-Hailing di KL, Januari 2020
BACA >>> #SembangDeras: Boleh Jadi Macam Tokyo, Kenapa Pilih Gojek untuk Jadi Jakarta?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VOCKET Car Club (@vocketcarclub)

Belum ada pengumuman dibuat Gojek yang memberi petanda syarikat itu bakal membawa masuk perkhidmatan e-hailing seru-pandu GoCar ke pasaran Malaysia.

BACA >>> Survei: 56 Peratus Pembaca Tak Setuju 'Gojek', Mat Motor Berbelah Bahagi

Gojek Malaysia - 0
Gojek Malaysia - 1

Setakat ini, ada 33 syarikat e-hailing berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), tetapi setakat 7 Jun lalu, Gojek belum muncul dalam senarai berkenaan.

Syarikat perkhidmatan Indonesia itu kini berada di bawah GoTo selepas gabungan antara Gojek dan platform e-dagang Tokopedia. Malah, firma itu pernah mengumumkan pelan memperkenalkan servis ride-hailing motosikal di Malaysia pada 2020.

Itu berlaku selepas Kerajaan memberi kelulusan melakukan ujian percubaan servis pengangkutan bermotosikal dengan syarikat tempatan Dego. Bagaimanapun, hasrat melihat Gojek beroperasi di Malaysia terbantut mungkin disebabkan pandemik Covid-19.

Mungkin ini diperlukan untuk menghangatkan suasana persaingan dalam industri untuk menurunkan harga servis kerana tambang Grab dilaporkan meningkat mendadak sejak beberapa bulan lalu.

BACA >>> Penumpang Grab Singapura Kena Bayar Tambang Ekstra 90 Sen Sebagai Caj Platform
BACA >>> Tuan Rumah Ajak Rider Grab Berbuka Sekali, Beri Duit Raya Buat Netizen Terharu
BACA >>> AirAsia Ride Lancar LadiesONLY, Servis Eksklusif Wanita Untuk Wanita

SUMBER: Lowyat | Vocket 

Related

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, e-Hailing, Gojek Malaysia, Honda City Gojek, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev