NISSAN dan Mitsubishi sudah lama bekerjasama yang mana hubungan itu dizahirkan menerusi syarikat NMKV Co Ltd dan produk keicar Mitsubishi eK X dan Nissan Roox.
Hubungan kembar tidak seiras itu diteruskan lagi melalui model elektrik baharu Mitsubishi eK X EV (dibaca eK Cross) dan Nissan Sakura.
BACA >>> Switzerland Rancang Kutip Cukai EV Ikut Kilometer Pemanduan Menjelang 2030
BACA >>> Honda S660 Modulo X Version Z Sempena Tribut Model Akhir Keicar Sport
Kepada pengguna Jepun yang tercari-cari model elektrik dalam pakej kecil, inilah jawapannya. Kedua-dua model dikeluarkan di Kilang Mizushima Mitsubishi Motors yang juga lokasi pengeluaran model elektrik i-MiEV.
Selain trenkuasa elektrik, harga ditawarkan untuk eK X EV memang menarik dengan julat harga antara 2,398,000 yen (RM77,420) dan 2,932,600 yen (RM94,680).
Model ini layak menerima subsidi Kerajaan Jepun. Harga 550,000 yen (RM17,760) membolehkan ia jadi lebih rendah bermula 1,848,000 yen (RM59,660). Di beberapa lokasi, pembeli boleh menikmati subsidi Kerajaan tempatan sebagai model elektrik mampu milik.
Apakah ciri eK X EV?
Trenkuasa dan Fungsi
- Jarak pemanduan 180km dengan cas penuh, sesuai untuk kegunaan tipikal harian.
- Bateri dengan kapasiti kuasa 20kWj.
- Dua port pengecasan, AC200V/14.5A dengan tempoh 8 jam untuk cas penuh atau pengecasan pantas, 40 minit untuk kuasa 80 peratus.
- Tork maksimum 195Nm.
- Kuasa disimpan dalam bateri boleh digunakan di rumah melalui sambungan peranti V2H.
- Turut berfungsi sebagai pembekal tenaga untuk perkakasan elektronik melalui adapter V2L.
Mod Pemanduan
- Ada tiga mod pemanduan: Normal untuk pemanduan bandar, Eco dengan kuasa motor dikurangkan bagi penjimatan kuasa dan Sport untuk lebih respons trotel.
- Mod Operasi Pedal Inovatif (IPO) untuk fungsi pecut dan nyah pecut dengan hanya satu pedal. Pedal brek kekal wajib, iaitu ketika kereta perlu diperlahankan dengan cepat atau berhenti sepenuhnya.
Casis dan Pengendalian
- Panel bumbung direka nipis bagi mendapatkan pusat graviti (CoG) rendah dan mengurangkan olengan ketika membelok.
- Berat kereta diagihkan hampir ideal dalam nisbah 56:44 depan dan belakang.
- Suspensi ditala khas untuk pemanduan tangkas, tetapi masih stabil.
- Standard dengan Kawalan Cengkaman (Grip Control) yang membantu ketika melalui permukaan jalan licin.
- Sistem akan membrek roda depan yang mula menggelincir atas salji atau lecak dengan menghantar lebih daya kilas (tork) pada roda lain yang ada lebih cengkaman.
Sistem Bantuan Pemanduan
- Sistem MI-PILOT dengan fungsi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan pengesanan parkir, termasuk sokongan parkir belakang, depan dan sisi (mengikut varian).
- Sistem Mitsubishi Connect dengan fungsi Bantuan Kecemasan SOS, Laporan Status Kenderaan bagi memeriksa baki kuasa bateri, Kawalan Jauh Suhu, Kawalan Jauh Pengecasan dan Pengesan Kereta (mengikut varian).
eK X EV meriah ditawarkan dalam 10 pilihan warna dengan lima satu tona dan lima dwi-tona, termasuk warna baharu Mist Blue Pearl dengan bumbung Copper Metallic. Ada dua varian ditawarkan: P dan G.
BACA >>> Mitsubishi Ralliart Kembali ke Arena Rali dengan Trak Pikap Triton!
BACA >>> Keicar Elektrik Nissan Sakura (2023) Diperkenal, Harga Mula RM80.5k
Leave a Reply