Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Quartararo Juara GP Jerman! Peluang Kekal Gelaran Juara Dunia Kini Makin Cerah
Auto Terkini

Quartararo Juara GP Jerman! Peluang Kekal Gelaran Juara Dunia Kini Makin Cerah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FABIO Quartararo meneruskan momentum positif dalam aksi Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 apabila memenangi GP Jerman di Sachsenring semalam, yang juga juara tiga kali sepanjang musim ini.

Pelumba Pramac Ducati, Johann Zarco muncul naib juara, manakala Jack Miller (Lenovo Ducati Team) menambah 16 mata selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

BACA >>> Strategi Menjadi, Sekat Quartararo di Selekoh Bantu Bagnaia Juara GP Sepanyol 2022
BACA >>> Stoner vs Marquez, Siapa Pemenang Lumba Fantasi?

Francesco Bagnaia (Ducati Team) yang memulakan aksi saingan di kedudukan pertama gagal menamatkan perlumbaan kerana terbabas di Turn 1. Quartararo asalnya memintas Bagnaia di Turn 1 dan cuba dikejar pelumba Itali itu dalam usaha merebut kedudukan depan.

Bagaimanapun, roda belakang jentera Desmosedici tergelincir ketika Bagnaia memerah terotal hingga membuatkan dia terbabas, sekali gus menjadikan aksi semalam kali empat dia gagal menamatkan perlumbaan (DNF) setakat ini.

Quartararo mendahului saingan di depan Zarco, manakala duo pelumba Aprilia, Aleix Espargaro dan Maverick Vinales di tempat ketiga dan keempat.

Perlumbaan agak mencabar kerana suhu panas yang dikhuatiri menjejaskan ketahanan tayar sepanjang 30 lap di Litar Sachsenring. Hanya Quartararo, Vinales dan Pol Espargaro memilih tetapan tayar belakang kompaun sederhana berbanding keras.

Semua pelumba menanti El Diablo menunjukkan tanda kelemahan tayar belakang. Namun pelumba Monster Energy Yamaha itu mengekalkan kelajuan di depan hingga tamat perlumbaan, dan Zarco selesa di tempat kedua, manakala Espargaro dan Miller berentap untuk posisi ketiga.

Dalam awal saingan, Vinales berada di depan Espargaro dan diekori Miller. Bagaimanapun, jentera Aprilia Vinales berdepan masalah yang memaksa pelumba Sepanyol itu menamatkan saingan ketika perlumbaan berbaki 13 lap.

BACA >>> Kena Bedah Lagi, Bradl Ganti Marquez di GP Sepanyol!

Miller naik ke posisi keempat dan memintas Espargaro untuk posisi ketiga. Tempat kelima pula menjadi milik Luca Marini (Mooney VR46 Ducati). Rakan sepasukan Zarco, Jorge Martin, yang berlumba kali pertama selepas pembedahan tangan, menamatkan perlumbaan di tangga keenam, manakala Brad Binder (Red Bull  KTM), ketujuh.

Fabio di Giannantonio (Gresini Ducati) dan Miguel Oliveira (Red Bull KTM) masing-masing di tempat kelapan dan kesembilan. Enea Bastianini pula memenuhkan slot 10 pelumba terpantas di Jerman.

Pengganti Marc Marquez, yang juga penunggang uji HRC, Stefan Bradl menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16. Selain Bagnaia, ada tujuh pelumba yang gagal menamatkan saingan semalam, iaitu:

  • Pol Espargaro (Repsol Honda)
  • Maverick Viñales (Aprilia Racing)
  • Takaaki Nakagami (LCR Honda)
  • Alex Marquez (LCR Honda)
  • Darryn Binder (WithU Yamaha RNF)
  • Joan Mir (Suzuki Ecstar)

SUMBER: Crash

2022 Jerman MotoGP Auto Terkini Fabio Quartararo Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 Monster Energy Yamaha MotoGP 2022 Sachsenring sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.