• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Serena S-Hybrid (2022) Buka Tempahan, Anggaran Harga Serendah Bawah RM150k!

Nissan Serena S-Hybrid (2022) Buka Tempahan, Anggaran Harga Serendah Bawah RM150k!

June 13, 2022 By Shawkath Leave a Comment

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR rami kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) membuka tempahan awal untuk Serena S-Hybrid (2022) versi dipertingkat dalam menerusi rangkaian pengedar seluruh negara.

Serena S-Hybrid (2022) versi dipertingkat dihasilkan sebagai produk pemasangan tempatan (CKD), dan hadir dalam dua varian pilihan. Kiriman unit akan bermula seawal Julai tahun ini.

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Setuju Bangunkan EV dengan Identiti Berbeza
BACA >>> Harga Nissan Fairlady Z (2022) JDM Diumum, Paling Murah RM177k

HARGA

ETCM turut memberi harga anggaran awal untuk dua varian Serena S Hybrid (2022), termasuk cukai jalan, dan tidak insurans.

  • Nissan Serena S-Hybrid Highway Star - bawah RM150,000
  • Nissan Serena S-Hybrid Premium Highway Star - bawah RM165,000

Pelanggan berminat dinasihatkan membuat tempahan awal dengan bayaran minimum RM1,000. Tempahan awal juga membolehkan kilang menjadualkan pengeluaran lebih tepat dan menggurangkan masa menunggu untuk pembeli menerima kenderaan masing-masing.

Ini kerana banyak pengeluar masa kini berdepan masalah menyiapkan kenderaan baharu berikutan gangguan rantaian bekalan, penghantaran global dan kekurangan mikrocip.

Ada empat skema warna ditawarkan mengikut varian pilihan. Mereka yang membuat tempahan awal akan menerima tawaran istimewa ETCM untuk mendapat ekstra penjimatan wang menerusi insentif berikut:

  • Servis percuma lima kali, termasuk alat ganti dan kos buruh.
  • Servis membabitkan penyelenggaraan berkala, 10,000km, 30,000km, 50,000km, 70,000km dan 90,000km.
  • Tempoh waranti hingga 5 tahun tanpa had perbatuan, tertakluk terma dan syarat.
APA YANG DIKETAHUI

  • Serena S-Hybrid masih menggunakan pintu belakang kembar, pintu sisi kembar gelungsur bebas tangan dan tujuh port USB.
  • Konfigurasi 13-kerusi dengan Kerusi Kapten di tempat duduk baris kedua, dan siap perehat lengan.
  • Tempat duduk barisan kedua jenis 'Sifar Graviti' untuk mengurangkan lenguh atau lesu. Material pelana jenis kombinasi kulit Nappa .
  • Ada pakej Nissan Intelligent Mobility (NIM) dengan sistem keselamatan aktif dan pasif.
  • Ada lima teknologi pintar baharu akan ditambah pada Serena S-Hybrid untuk menambah baik aspek Keselamatan Aktif seperti:
    • Amaran Perlanggaran Depan Prediktif Pintar (Intelligent Predictive Forward Collision Warning, IPFCW)
    • Brek Perlanggaran Depan Pintar (Intelligent Forward Collision Braking, IFCB)
    • Amaran Keluar Lorong (LDW)
    • Amaran Titik Buta (BSW) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
    • Monitor Pandang Keliling 360º
  • Dijana trenkuasa hibrid baharu, 2.0L Twin CVTC dengan motor elektrik ECM (Energy Control Motor) untuk bantuan tork ketika bergerak, dan kecekapan bahan api ditambah baik selain mengurangkan kos bahan api.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Nissan Malaysia: www.nissan.com.my. Anda juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Nissan di 1800-88-3838 atau penasihat jualan Nissan.

BACA >>> Nissan Cipta Lagu Dodoikan Bayi dalam Kereta
BACA >>> Nissan Qashqai e-POWER (2022) dengan Enjin 3-Silinder 1.5L Turbo Lancar di Eropah
BACA >>> #TahukahAnda: Boleh Tak Saya Memandu Pakai Selipar atau Sandal?
BACA >>> #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah

Related

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), Nissan Serena S-Hybrid, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev