NEGERI Illinois di Amerika Syarikat (AS) bakal memberikan rebat AS$4,000 (RM17,630) kepada penduduk yang membeli kenderaan elektrik (EV) bermula 1 Julai depan. Bagi motosikal elektrik pula, rebat adalah sekitar AS$1,500 (RM6,630).
Pengenalan program rebat itu dilihat tepat pada masa kerana harga bahan api global terus meningkat.
BACA >>> #TahukahAnda: Cas EV di Stesen DC BMW di Malaysia, Berapakah Anda Perlu Bayar?
BACA >>> Toyota HEV: Kenapa Teknologi Hibrid Toyota Berbeza?
Bagaimanapun, perincian pelan pemberian rebat 2022 diusulkan Gabenor Illinois, Jay Robert Pritzker (foto atas kanan) itu masih belum dimuktamadkan. Ini kerana pihak berkuasa negeri perlu bertemu sekali lagi esok untuk memperincikan beberapa aspek program berkenaan.
Ada beberapa butiran diketahui iaitu:
- Rebat EV negeri Illinois adalah termasuk motosikal elektrik untuk kegunaan jalan raya. Hanya model moped dan off-road tidak layak menerima rebat tersebut.
- Layak untuk semua penduduk Illinois yang membeli EV, termasuk motosikal elektrik di negeri itu selepas 1 Julai 2022 dengan menyerahkan borang permohonan rebat.
- Rebat tidak ditawarkan kepada pembeli EV negeri lain di AS.
- Kenderaan hibrid plug-in (PHEV) juga tidak layak menerima manfaat itu. Hanya EV penuh yang mematuhi semua kriteria (akan diputuskan kelak).
- Terbuka kepada pembeli EV baharu atau EV terpakai.
- Pembeli EV terpakai perlu membekalkan bukti pembelian ketika memohon rebat.
- Fokus pemberian rebat EV lebih menumpukan kepada golongan pendapatan rendah Illinois.
- Jumlah peruntukan program rebat ialah AS$18.5 juta (RM81.7 juta), dijangka membabitkan 4,625 pembeli EV.
- Illinois meletakkan sasaran pemilikan dan penggunaan sekurang-kurangnya sejuta EV di negeri itu menjelang 2030.
BACA >>> Energica Experia: Motosikal Crossover Elektrik, Harga Mula RM131k!
BACA >>> DeLorean Alpha5 - Model Ikonik Kini Kembali dalam Versi Elektrik dengan Pintu Sayap Camar
BACA >>> Bentley Tambah 100 Jurutera, Lebih Separuh untuk Bidang Elektrikal, Perisian dan UX/UI
BACA >>> Pencuri UK Sasar Tembaga dalam Kabel Pengecas Kereta Elektrik
Leave a Reply