BANDAR Baguio di Filipina terkenal dengan suasana cuaca sejuk dan laluan mencabar, salah satu destinasi kegemaran ramai penunggang motosikal dari Manila.
Bagaimanapun, penunggang motosikal atau peserta konvoi yang mahu menuju destinasi itu wajib memakai ves pemantul cahaya. Jika berdegil, mereka boleh kena denda sehingga 1,500 peso (RM125) termasuk melakukan kerja-kerja komuniti.
BACA >>> Belanda Haramkan Penunggang Motosikal Pakai Jaket, Helmet Berlampu
BACA >>> Ford Cipta Jaket Pintar untuk Penunggang Basikal, Papar Emoji Digital untuk Keselamatan
Ini disebabkan Wilayah Benguet (bandar Baguio terletak di dalamnya) sudah meluluskan Ordinan Wilayah No. 2022-302 yang mensyaratkan semua penunggang motosikal, basikal, basikal tiga roda dan basikal elektrik untuk memakai ves pemantul cahaya.
BACA >>> KPN Saran Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi
Tujuannya untuk membolehkan penunggang lebih mudah dilihat pada setiap masa. Ordinan itu sudah berkuat kuasa sejak 23 Mei 2022.
Seksyen 3 Ordinan itu menyatakan:
- Semua pemandu, penunggang dan pembonceng motosikal, basikal roda tiga, e-basikal dan basikal harus memakai ves visibiliti tinggi semasa kembara.
- Wajib untuk perjalanan atau trip jarak jauh mahupun dekat.
- Pemakaian wajib di sepanjang wilayah, perbandaran dan laluan barangay dalam Wilayah Benguet dan di sepanjang lebuh raya kebangsaan di bawah perundangan wilayah.
DENDA
Ordinan itu merangkumi penduduk tempatan, pelancong dan juga mereka yang melalui wilayah berkenaan. Mereka yang tidak patuh boleh dikenakan didenda seperti berikut:
- 500 peso (RM41.50) kesalahan kali pertama
- 1,000 peso (RM83) kesalahan kedua
- 1,500 peso (RM125) atau 3 hari khidmat masyarakat kesalahan ketiga
SUMBER: MotoPinas
Leave a Reply