• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Indonesia Lancar Jupiter Z1 (2022), Tiga Warna Baharu, Harga Mula RM5.7k!

Yamaha Indonesia Lancar Jupiter Z1 (2022), Tiga Warna Baharu, Harga Mula RM5.7k!

June 8, 2022 By Shawkath Leave a Comment

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

YAMAHA Indonesia melancarkan siri kapcai Yamaha Jupiter Z1 edisi 2022 dengan tiga pilihan warna lebih segar. Harga jualan atas jalan ialah 19,020,000 rupiah (RM5,774).

Secara asasnya, model kapcai Jupiter Z1 (Malaysia: Lagenda) cuma hadir dengan skim warna baharu tetapi aspek mekanikal didapati masih sama meskipun usia model berkenaan hampir sedekad.

Berikut ialah perinciannya:

WARNA

Yamaha Jupiter Z1 (2023) - 1
Yamaha Jupiter Z1 (2023) - 0
Yamaha Jupiter Z1 (2023) - 2
yamaha-logo
  • Ada tiga pilihan warna iaitu Metallic Black (hitam), Metallic Red (merah) dan Metallic Cyan / Tosca (hijau Petronas).
  • Liveri dan dekal badan dikatakan masih sama seperti model sebelumnya.

BACA >>> Bersediakah Warga KL untuk Caj Kesesakan 10 Tahun Lagi?

SPESIFIKASI

Yamaha Jupiter Z1 (2023) - 5
Yamaha Jupiter Z1 (2023) - 4
  • Desain masih gaya lama iaitu bersifat sporty dengan fairing menambah baik faktor aerodinamik.
  • Lampu utama berkembar masih menggunakan mentol dan belum ditukar kepada LED.
  • Lampu signal belok dipasang pada panel depan sama seperti Lagenda 115ZR di Malaysia.
  • Spidometer masih analog.

BACA >>> Kajian: 9/10 Pemandu UK Akui Lampu Utama Kereta Moden Terlampau Terang

Yamaha Jupiter Z1 (2023) - 3
Yamaha Jupiter Z1 (2023) - 9
  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 115cc SOHC dengan sistem sejukan udara dan sistem suntikan bahan api, menawarkan kuasa 9.9hp pada 7,750rpm dan tork 9.8Nm @ 6,750rpm.
  • Kotak gear manual 4-kelajuan. Menggunakan butang pemula trenkuasa dan ada penendang kaki.
  • Frem jenis backbone. Sistem suspensi membabitkan fork teleskopik konvensional dan set absober berkembar.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 7 Jenis Frem Motosikal yang Perlu Anda Tahu

Yamaha Jupiter Z1 (2023) - 7
Yamaha Jupiter Z1 (2023) - 6
  • Sistem henti merangkumi brek cakera tunggal (roda depan), brek dram (roda belakang).
  • Rim aloi 17 menggunakan tayar saiz 70/90 (depan), 80/90 (belakang).
  • Berat 102kg, kapasiti tangki minyak 4.1 liter, ketinggian pelana 765mm dan jarak lega bumi 150mm. Jarak roda ialah 1,240mm.

BACA >>> #Perbandingan: Yamaha 135LC Karburetor (2021) vs 135LC Fi (2022), Apa Berubah?
BACA >>> #TahukahAnda: Yamaha RX-R (1988) - Streetbike 2-Lejang Yamaha Paling Rare di Indonesia?
BACA >>> Yamaha Daftar Paten Jupiter MX Facelift di Indonesia, Rekabentuk Mirip 135 LC Fi (2022)
BACA >>> HLYM, Yamaha Jepun Jawab Isu Paten 135LC Fi (2022) Indonesia

SUMBER: Yamaha Indonesia

Related

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kapcai 155CC, PT Yamaha Indonesia Motor, roda2, Yamaha Jupiter Z1 (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev