• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Yamaha RX-R (1988) - Streetbike 2-Lejang Yamaha Paling Rare di Indonesia?

#TahukahAnda: Yamaha RX-R (1988) - Streetbike 2-Lejang Yamaha Paling Rare di Indonesia?

May 11, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN ada peminat motosikal belum pernah melihat streetbike Yamaha RX-R yang pernah dijual di Indonesia. Malah model itu dikatakan cukup sukar ditemui dan sering disalah anggap sebagai RX-King.

Khabarnya, RX-R ialah model paling langka atau rare dalam siri Yamaha RX di Indonesia dan menjadi buruan peminat motosikal di sana.

BACA >>> Yamaha RX King SE (2003) Versi NOS Ini Dijual Rp150 juta (RM43K)!
BACA >>> Durian Runtuh, Lelaki Ini Dapat Jual Yamaha RX-Z ‘Biru Bohjan’ RM60k!

Kenapa Yamaha RX-R Berstatus Rare?

RX-R cuma dihasilkan dalam kuantiti kecil di republik itu dan ditawarkan pada 1988. Motosikal itu dijana enjin 115cc, sama seperti RX-Special. Selain itu, rekabentuk RX-R juga mirip RX-Special dengan hanya ada tiga perbezaan ketara, iaitu:

  • RX-R memiliki liveri jalur lebih sporty berbanding RX-Special.
  • Lencana pada badan.
  • Pelana dwi-warna berbanding satu warna (RX-Special).

Perbezaan minimal itu membuatkan ramai keliru dengan menganggap RX-R sebagai RX-Special pada zamannya. Malah, tiada maklumat dikongsi mengenai tempoh pembuatan RX-R, tetapi apa yang pasti, jualan model itu tidak lama.

Spesifikasi Yamaha RX-R Energy Induction (1988)

  • Trenkuasa 2-lejang silinder tunggal 115cc penyejukan udara.  Karburator jenis Mikumi Vm22 menghasilkan kuasa 15.7hp @ 8,500rpm dan tork 13.63Nm @ 8,000rpm.
  • Dimensi gerek dan lejang ialah 54mm dan 50mm dengan nisbah mampatan 7.2:1.
  • Menggunakan transmisi klac manual 5-kelajuan.
  • Sistem pencucuhan jenis CID dengan bateri 6V dan menggunakan sistem penghidup penendang kaki untuk menghidupkan trenkuasa.
  • Dimensi panjang 1950mm, lebar 745mm, dan tinggi 1,040mm, manakala jarak roda 1,240mm dan jarak lega bumi 160mm.
  • Tinggi pelana 785mm dan berat kering 94kg.
  • Frem double cradle dengan sistem suspensi fork teleskopik di depan dan absorber kembar di belakang.
  • Rim 18 inci dengan tayar 2.75 (depan), 3.00 (belakang).
  • Sistem brek cakera (depan) dan dram (belakang).
  • Kapasiti tangki minyak 9 liter.
  • Spidometer analog dua kluster dengan rekaan kompak serta mudah dibaca.

Di pasaran, RX-R yang masih berada dalam kondisi baik mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengumpul motosikal.

SUMBER: Pertamax7 | GridOto | MotorPlus

Artikel Berkaitan

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: naked bike, roda2, streetbike, Yamaha RX Series, Yamaha RX-R, Yamaha RX-R (1988)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my