• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bagnaia Juara Lagi di Itali, Tapi Quartararo Masih Ranking Atas!

Bagnaia Juara Lagi di Itali, Tapi Quartararo Masih Ranking Atas!

May 30, 2022 By Shawkath Leave a Comment

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia mencatat kemenangan pertama di tanah air sendiri semalam walaupun memulakan saingan GP Itali dengan aksi sedikit longlai.

Kemenangan itu memberikan 25 mata berharga untuk membolehkan pelumba Itali itu merapati jurang dalam saingan merebut gelaran juara dunia 2022.

BACA >>> Strategi Menjadi, Sekat Quartararo di Selekoh Bantu Bagnaia Juara GP Sepanyol 2022
BACA >>> Quartararo: "Bukan Masalah Aku Pelumba Yamaha Lain Bergelut"

Fabio Quartararo masih lagi mendahului ranking keseluruhan dengan membantu pasukan Monster Energy Yamaha muncul Naib Juara.

Pelumba Aprilia Racing, Aleix Espargaro pula meraih tempat ketiga, yang posisi sama berturut-turut selepas aksi GP Portugal, Sepanyol dan Perancis. Aksi pusingan kelayakan membolehkan pelumba Ducati mendominasi lima kedudukan grid depan dengan Fabio Di Giannantonio (Gresini Racing MotoGP) di petak mula (pole).

Rookie Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Racing Team) di petak kedua dengan rakan sepasukan Luca Marini di sebelah.

Di Giannantonio bermula baik dengan mengetuai saingan di Turn 1 walaupun menerima asakan duo VR46. Akhirnya, Marini sempat memintas di Turn 4.

Bezzecchi pula beralih ke kedudukan ketiga ketika saingan berbaki 23 lap dan memintas Di Giannantonio di Turn 10 dan 11, sebelum Quartararo merampas kedudukan keempat daripada Espargaro pada lap kedua.

Quartararo mara ke posisi ketiga dengan memintas Di Giannantonio dan berdepan saingan sengit daripada semua jentera Ducati di laluan lurus. Bagnaia yang ketinggalan di posisi kesembilan pada awal saingan meningkatkan kelajuan hingga dapat memintas Espargaro untuk kedudukan kelima pada lap keempat.

BACA >>> RNF Racing Jadi Pasukan Satelit Aprilia Musim Depan!

Pada masa sama, Quartararo pula memintas Marini yang membolehkan pelumba Perancis itu berada di kedudukan kedua. Bagnaia akhirnya memintas Di Giannantonio ketika saingan memasuki lap kelima dan terus memecut mendaki bukit ke San Donato, dengan memotong Quartararo dan Marini.

Pecco mengetuai saingan selepas meninggalkan Bezzecchi pada awal lap kesembilan, dan Quartararo pula menggunakan kelebihan bermain selekoh untuk mengatasi pelumba VR46 Ducati di Scarperia dalam lap ke-11.

Aksi Di Giannantonio semakin lemah dan Espargaro pula beralih kepada lima pelumba teratas, tetapi di belakang duo VR46 (Bezzecchi dan Marini).

BACA >>> Bastianini Kuasai GP Perancis 2022, Muncul Juara Tiga Kali Musim Ini!


Enea Bastianini (Gresini Racing MotoGP) dan Johann Zarco (Prima Pramac Racing) mengejar lima pendahulu saingan selepas 13 lap perlumbaan. Espargaro memintas Marini untuk kedudukan keempat semasa lap ke-14 di Correntaio (Turn 12) dengan Zarco memintas Marini untuk tempat keenam pada permulaan lap ke-17.

Malang buat pasukan Suzuki apabila kedua-dua pelumba harapan Joan Mir dan Alex Rins gagal menamatkan perlumbaan. Dua lagi pelumba berstatus DNF ialah Pol Espargaro dan Enea Bastianini.

BACA >>> Nama Rossi Terpampang di Badan Pesawat Itali, ITA Airways
BACA >>> #46 Kekal Milik Valentino Rossi Selamanya!
BACA >>> #TahukahAnda: Ini 8 Inovasi Motosikal Moden yang Anda Perlu Tahu

SUMBER: MotoGP

Related

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2022 GP Itali, 2022 MotoGP, Aleix Espargaro, enea bastianini, Fabio Di Giannantonio, Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia, Johann Zarco, luca marini, marco bezzecchi, Pol Espargaro

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev