• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kenapa Kawasaki Tak Nak Hasilkan Kapcai?

Kenapa Kawasaki Tak Nak Hasilkan Kapcai?

May 24, 2022 By Shawkath Leave a Comment

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETIKA berita mengenai Kawasaki menambah pegangan saham dalam Modenas, salah satu perkara ditunggu peminat motosikal tempatan adalah harapan melihat ketibaan produk moped atau kapcai.

Adakah Kawasaki akan membantu Modenas dalam projek motosikal kapasiti kecil? Jawapan itu masih ditunggu-tunggu. Apa yang pasti, Kawasaki Jepun tidak menawarkan model motosikal kapasiti kecil untuk pasaran Malaysia.

BACA >>> Kawasaki Kuasai 30 Peratus Saham Modenas, Streetbike dan Sportbike Baharu Muncul?
BACA >>> Orang Kuat Kawasaki Jepun: "Penunggang Motosikal Malaysia Suka Full-Throttle!"

Pengurus Perancangan Produk Seksyen 2 Kawasaki Heavy Industries (KHI), Keiichi Morohara berkata;

Mungkin anda sudah tahu kami tiada model moped. Jadi, kami tidak akan bawa sebarang model moped Kawasaki (ke Malaysia)."

Malah jika meneliti barisan produk Kawasaki di Jepun, pengeluar itu tidak menawarkan model moped, termasuk skuter, berbeza berbanding tiga pesaing dari negara sama, iaitu Yamaha, Honda dan Suzuki.

Anda mungkin tertanya mengenai skuter Kawasaki J300, sebenarnya itu produk Kymco dan percubaan menerjah pasaran Eropah. Khabarnya, model itu gagal memenangi hati pembeli di sana.

BACA >>> CEO Modenas: Model Kawasaki-Modenas untuk Bawah 700cc Sahaja, Bajaj Kekal

Persoalan tentang kenapa Kawasaki tidak meneroka segmen motosikal kecil juga ada kaitan dengan Meguro Motorcycles, iaitu antara pengeluar motosikal legenda dan tertua Jepun.

Pengeluar itu lebih menumpukan kepada pembuatan motosikal kapasiti sederhana-besar (500cc ke atas) dan turut memenangi beberapa acara sukan bermotor, termasuk membekalkan trenkuasa kepada beberapa pasukan lain. Bagaimanapun, fokus terhadap pengeluaran motosikal kuasa besar menyebabkan Meguro gagal dalam saingan dengan pengeluar seperti Honda yang melambakkan pasaran dengan motosikal kecil.

Akhirnya, Meguro mengalami masalah kewangan sebelum Kawasaki mengambil alih syarikat itu sepenuhnya sekitar 1964. Sejak itu, Kawasaki dikatakan meneruskan trend pembuatan motosikal berkapasiti sederhana-besar sehingga kini.

Bagaimanapun, manalah tahu pendirian Kawasaki Jepun mungkin berubah selepas melihat prototaip supermoped Modenas yang kerap diuji di sana sini.

BACA >>> Jika Benar Ini Moped Kawasaki 175cc, Senang-Senang Boleh Tapau Y15ZR, RS150R
BACA >>>  Moped Modenas Dikesan Lagi - Bakal Dilancarkan Tahun Hadapan? Harga Sekitar RM8,000?
BACA >>> #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
BACA >>> Apakah Ini Foto Moped Modenas? Bakal Dilancarkan Awal Tahun Depan?
BACA >>> CEO Modenas: Supermoped Masih Ada, Cuma Tak Lancar Tahun Depan
BACA >>> Bukan 150cc, Tapi Modenas Bakal Perkenalkan Moped 175cc - Y15Z, RS150R Sila Siap Sedia!
BACA >>> Moped 150 Modenas Tak Jadi Jual?
BACA >>> 25 Tahun Modenas, Ini Tiga Model Terbaik dan Di Manakah Ahmad?

Related

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kawasaki Heavy Industries (KHI), Kawasaki Japan, Keiichi Morohara, Modenas Kawasaki, roda2, Supermoped Kawasaki

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev