• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Pencabar Tesla Model 3, Changan C385 yang Lebih Murah dengan Jarak Pemanduan 712km

Pencabar Tesla Model 3, Changan C385 yang Lebih Murah dengan Jarak Pemanduan 712km

May 19, 2022 By Shawkath Leave a Comment

297
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS ditayangkan kepada umum tahun lalu, Changan akhirnya berkongsi perincian kenderaan elektrik C385 yang dikatakan pencabar terdekat Tesla Model 3.

Model itu akan mula dijual menjelang suku ketiga tahun ini, bermula di China yang dijual pada harga jauh lebih murah daripada  pencabarnya. Berikut perincian C385:

changan-c385-5
changan-c385-1

HARGA

  • Akan dijual antara 166,800-214,800 yuan (RM108,650-RM139,910). Tesla Model 3 edisi China berharga 279,900-367,900 yuan (RM182,280-RM239,590).
  • Juga hadir dengan varian hibrid, harga 152,800 yuan (RM99,520) dan hidrogen, harga 239,800 yuan (RM156,170).

BACA >>> Minyak Rambut Punca Penyandar Kepala Tesla Model 3 Melepuh, Tapi Tiada Waranti

PLATFORM

  • Changan C385 mungkin bertukar nama lain dan dibina mengunakan platform modular elektrik EPA1. Menggunakan sistem pacuan roda belakang sebagai ciri standard.
  • Dimensi: 4,820mm panjang, 1,890mm lebar, 1,480mm tinggi. Jarak roda pula 2,900mm.

BACA >>> Geram Brek Tidak Fungsi, Seorang Pemilik Tesla China Protes Depan Orang Ramai

TRENKUASA
Elektrik
  • Menggunakan unit motor elektrik pada gandar belakang berkuasa 160kW (220 hp) atau 190kW (260 hp).
  • Pek bateri berkapasiti 58kWh atau 78 kWh. Data kilang mendedahkan jarak pemanduan 515km dan 712km.
  • Versi dua unit motor dan sistem pacuan semua roda (AWD) bakal diperkenalkan pada masa depan.
Hibrid
  • Menggunakan seunit motor elektrik 160kW (220hp) pada gandar belakang selain trenkuasa petrol. Butiran enjin belum dikongsi.
  • Pek bateri 30kWh dan boleh dipandu 200km dalam mod elektrik penuh.
  • Kuasa simpanan dalam mod hibrid mampu mencapai jarak sejauh 1,200km.
Hidrogen
  • Varian ini menawarkan kuasa 260hp dengan jarak pemanduan 700km.

BACA >>> Geram Bateri Mahal Sangat, Pemilik Tesla Model S Upah Syarikat Dinamit Letupkan Kereta

REKABENTUK DAN RUANG DALAMAN

  • Rekabentuk dalaman dilihat mampu mencabar Tesla dengan menumpukan kepada rekaan unit infotainmen 14.6 inci di tengah papan pemuka.
  • Menawarkan ciri pandu sendiri (autopilot) tahap 4 yang menyamai Tesla.
  • Belum ada logo atau lencana didedahkan setakat ini.
  • Selain sedan, Changan meracang memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) C673, dan tiga model lain.

BACA >>> Anak Malaysia Jadi Pengajar Latihan Robotik di Tesla
BACA >>> Kena Bayar Sebab Biarkan Kereta Dicas Lama, Pelanggan Saman Tesla
BACA >>> China Arah Tesla Panggil Balik Hampir Semua Model Kereta

changan-c385-3
changan-c385-4
changan-c385-8
changan-c385-6
changan-c385-2

SUMBER: InsideEEV

Related

297
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Changan C385, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Roda4, Tesla, Tesla Model 3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev