• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Minyak Rambut Punca Penyandar Kepala Tesla Model 3 Melepuh, Tapi Tiada Waranti

Minyak Rambut Punca Penyandar Kepala Tesla Model 3 Melepuh, Tapi Tiada Waranti

December 2, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

392
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI mungkin berita lucu bagi sesetengah pembaca, tetapi bagi beberapa pemilik Tesla Model 3, masalah penyandar kepala melepuh ialah pengalaman paling menyakitkan hati.

Apa yang berlaku, permukaan penyandar kepala kerusi kereta mereka melepuh seperti kulit melecur terkena api. Lebih menyedihkan kerosakan itu tidak dapat dipulihkan melainkan perlu diganti keseluruhan set baharu. Kos menukar perehat kepala baharu di Kanada ialah C$368 (RM1,160).

Malah, kerosakan tersebut tidak tertakluk waranti pengilang atas alasan dapat dicegah kerana itu bukan masalah Model 3 saja, tetapi turut menimpa model jenama lain.

BACA >>> Tesla Cybertruck - Trak Pikap Elektrik Paling Kebal dengan Harga Tak Masuk Akal

Menurut Tesla, masalah berkenaan akan berlaku pada beberapa jenis material kulit sintetik. Puncanya ialah minyak rambut pemilik Model 3 yang terlekat pada material perehat kepala itu. Ia juga boleh disebabkan jenis produk minyak rambut atau kosmetik digunakan pemilik kereta tersebut.

Portal Drive Tesla Canada mendakwa minyak rambut yang terkena material kulit tumbuhan pada perehat kepala boleh menyebabkan campuran bahan kimia. Apabila di bawah suhu panas tertentu seperti kawasan parkir terbuka pada waktu tengah hari dalam masa lama, permukaan material akan melepuh.

Antara cara terbaik mengatasi masalah berkenaan, pemilik perlu menyimpan dan menggunakan tisu basah bayi untuk mengelap permukaan perehat kepala yang perlu dilakukan seminggu sekali atau lebih kerap jika ada masalah kulit kepala atau rambut berminyak.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Petrol Rosak atau Mengalami Degradasi?

SUMBER: DriveTeslaCanada | Insideevs | GaadiWaadi

392
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, kereta elektrik, Kerusi Melepuh, Penyandar Kepada Tesla Model3 Melepuh, Roda4, Tesla, Tesla Model 3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)
    #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)
  • TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!
    TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!
  • Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
    Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my