KISAH sensasi mengenai Suzuki mahu meninggalkan Kejuaraan Dunia MotoGP akhir musim ini benar-benar menghampakan barisan pelumba, kru mekanik dan pengurus, termasuk peminat pasukan itu.
Turut terkesan ialah badan penganjur MotoGP, Dorna yang memiliki kontrak sah dengan Suzuki untuk memastikan pasukan pengilang itu bersaing hingga 2026.
BACA >>> Suzuki Kekal Bersaing dalam MotoGP Hingga 2026!
BACA >>> Sah! Suzuki Bincang dengan Dorna Hasrat Tinggalkan MotoGP Akhir Musim Ini
Bagaimanapun, Suzuki masih bertegas mahu meninggalkan kejuaraan dunia itu seawal tahun depan, sekali gus perlu bersetuju dengan terma Dorna sebelum mengundurkan diri.
Suzuki sudah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hasrat itu dengan memberikan alasan ‘keperluan memberikan tumpuan kepada usaha melakukan perubahan besar dalam dunia automotif kebelakangan ini’.
BACA >>> Mir, Rins Bincang dengan HRC Minta Peluang Sertai Honda Musim Depan?
Walaupun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta mengakui memahami isu dihadapi Suzuki, tetapi ia masih membuntukan pihaknya. Ezpeleta berkata;
Saya diberitahu Livio Suppo (Pengurus Pasukan MotoGP Suzuki) mengenai keputusan untuk tidak meneruskan (penyertaan) selepas musim ini.
“Perkara pertama kami beritahu, kami boleh faham, tetapi kami perlu berbincang untuk mengetahui situasi kerana kami ada perjanjian ditandatangani bersama Suzuki tahun lalu. Kami perlu faham setepatnya di mana masalah.
“Bagi aku, penting untuk menyatakan kami memang tidak gembira dengan pengunduran Suzuki, tetapi perkara paling penting, Kejuaraan masih dalam keadaan amat baik.
“Bergantung kepada proposal, kami akan memutuskan sama ada menggantikan Suzuki atau meneruskan situasi macam biasa tanpa Suzuki.”
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Pasukan Factory dan Satelit dalam MotoGP?
Dalam MotoGP, perlumbaan membabitkan pasukan pengilang (factory) memerlukan pelaburan mahal dan ini bukan kali pertama Suzuki meninggalka kejuaraan itu akibat isu kewangan.
Namun, dengan pencapaian Joan Mir sebagai juara 2020, termasuk momentum pasukan tersebut awal musim ini, keputusan Suzuki nyata mengecewakan ramai peminat MotoGP.
Dorna kini sedang menimbangkan beberapa nama untuk mengisi kekosongan Suzuki di grid. Setakat ini, badan itu belum membuat pengumuman rasmi mengenai proposal dari pasukan pengilang lain. Bagaimanapun, pasukan persendirian kelas Moto3, Leopard tanpa berselindung menyatakan minat mengisi slot berkenaan.
Bos Leopard, Christian Lundberg berkata;
Kita lihat saja, tapi kalau ada kekosongan dan dengan izin Tuhan, mereka (Dorna) beri kepada kami, itu akan membuatkan kami amat gembira.
“Saya rasa opsyen yang ada adalah melakukannya dengan Aprilia. Pada pandangan saya, Dorna perlu berikan kepada satu-satunya pengeluar di grid yang cuma ada dua jentera, dan hari ini semua jentera itu memang cukup kompetitif.”
Rundingan Suzuki dan Dorna masih berlangsung, serta belum ada sebarang berita mengenai persetujuan kedua-dua pihak.
BACA >>> #46 Kekal Milik Valentino Rossi Selamanya!
BACA >>> SIC Kekal dalam Kalendar MotoGP Hingga 2024, Petronas Jadi Penaja Utama GP Malaysia
BACA >>> Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!
SUMBER: RideApart
Leave a Reply