Beberapa pengedar rasmi kenderaan BMW di Malaysia kini sudah mula mengenakan caj kepada pemilik kenderaan elektrik (EV) yang mahu mengecas kereta mereka.
Buat masa ini, pelanggan perlu membayar mengikut penggunaan elektrik ketika mengecas EV. Menariknya, caj yang perlu dibayar untuk menggunakan pengecas pantas (DC) di premis BMW adalah berbeza mengikut beberapa kriteria.
BACA >>> #TahukahAnda: Volkswagen Sudah Bikin Kereta Elektrik Sejak 1972!
BACA >>> Terminal Pengecas Berprestasi Tinggi EV Ada Di Stesen Shell Tangkak
BACA >>> Canggih, Volvo Cars Uji Stesen Cas Kereta Elektrik Wayarles!
Menurut laporan, caj standard akan diperkenalkan dan diseragamkan untuk semua pengedar BMW di Malaysia suatu masa nanti. Jadi, buat masa ini caj dikenakan masih bergantung mengikut pengedar.
Sesetengah pengedar mengenakan caj berasaskan kapasiti output yang dibezakan mengikut sama ada anda pemilik BMW atau jenama lain. Ada enam segmen harga daripada kapasiti pengecas 30kW-180kW.
Bukan Pemilik EV BMW
- DC 30kW – RM0.60/seminit
- DC 50kW – RM1/seminit
- DC 60kW – RM1.40/seminit
- DC 90kW – RM1.80/seminit
- DC 120kW – RM2.40/seminit
- DC 180kW – RM3.60/seminit
Pemilik EV BMW
- DC 30kW – RM0.40/seminit
- DC 50kW – RM0.80/seminit
- DC 60kW – RM1/seminit
- DC 90kW – RM1.40/seminit
- DC 120kW – RM2.00/seminit
- DC 180kW – RM2.80/seminit
1. CAJ DI PENGEDAR SEONG HOE PREMIER MOTORS (MELAKA)
Pengecas 30kW
- RM36 sejam - bukan pemilik EV BMW
- RM24 sejam - pemilik EV BMW
Pengecas 120kW
- RM144 sejam - bukan pemilik EV BMW
- RM120 sejam - pemilik EV BMW
Pengecas 180 kW
- RM216 sejam - bukan pemilik EV BMW
- RM168 sejam - pemilik EV BMW
Bagaimanapun, caj mengikut jam masih bukan bayaran sebenar kerana pengecas biasanya mengambil masa lebih perlahan, terutama kapasiti 30kW atau 50kW.
Misalnya, BMW iX mengambil masa 60 minit untuk mengecas 20-80 peratus menggunakan pengecas 50kW dengan anggaran caj kira-kira RM48. Sebaliknya, jika menggunakan pengecas 180kW, masa diperlukan kira-kira 20 minit sahaja untuk peratusan cas sama dengan anggaran bayaran kira-kira RM56.
BACA >>> 5 Stesen Cas DC untuk Kenderaan Elektrik di Petronas PLUS, LPT Tahun Depan
2. CAJ DI PENGEDAR TIAN SIANG PREMIUM AUTO IPOH (PERAK
Pengecas 120kW
- RM2.40 seminit untuk bukan pemilik EV BMW dengan anggaran masa kira-kira 45 minit untuk mengecas 56-100 peratus. Caj penuh lebih kurang RM108.
BACA >>> Kos Penyelenggaraan EV Lebih Jimat Berbanding Trenkuasa Konvensional?
3. CAJ DI PENGEDAR AUTO BAVARIA ARA DAMANSARA
Pengecas 180kW (ditala kepada 90kW)
- RM1.40 seminit untuk pemilik BMW.
4. STESEN CAS HPC SHELL
Stesen cas pantas di Tangkak, Johor ini pernah tular dengan cerita pemandu Singapura mencuri mengecas elektrik. Format caj adalah mengikut penggunaan. RM4 dikenakan sebagai yuran pengesahan, dan kos mengecas dalam masa sejam ialah RM244, termasuk yuran pengesahan RM4.
Di bawah ini adalah senarai harga mengikut pengecasan setiap 5 minit, dan tiada maklumat dikongsikan buat masa ini mengenai bayaran standard bakal dikenakan, termasuk caj lain.
SUMBER: PaulTan
Leave a Reply