• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu CR-V Halang Ambulans Rupanya Ada Masalah Pendengaran

Pemandu CR-V Halang Ambulans Rupanya Ada Masalah Pendengaran

May 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU video tular memaparkan sebuah Honda CR-V putih enggan memberi laluan kepada ambulans walaupun siren sudah dibunyikan tular di internet sejak semalam.

Malah klip video berdurasi 38 saat itu turut dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah di Facebook dan ramai netizen menggesa polis mengambil tindakan.

BACA >>> Lawak!!! Mercedes Cucuk Ambulans, Sekali Kena Jeling Abang Polis
BACA >>> Netizen Bengang Ambulans Disuruh Berhenti Beri Laluan Konvoi VVIP

Isu itu segera disiasat Polis Daerah Kampar yang mengarahkan pemilik dan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) itu tampil untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan kenyataan Polis Daerah Kampar, insiden dipercayai berlaku KM292 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Utara sekitar jam 5 petang semalam. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu berkenaan.

Hasil siasatan lanjut mendapati pemandu kenderaan tersebut, seorang lelaki berumur 62 tahun yang mengalami masalah pendengaran 'Tinnitus-Acoustic Neuroma' sejak tiga tahun lalu.

“(Penyakit) Lelaki itu masih mendapatkan rawatan lanjut pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).”

Berdasarkan video, ambulan terpaksa memotong Honda CR-V berkenaan di laluan kiri selepas SUV berkenaan enggan memberi laluan dan kekal berada di lorong kanan.

BACA >>> Van, Motor Buli Ambulans Bawa Pesakit... Tapi Netizen Syak Ada Tak Kena
BACA >>> Ambulans Ditahan Elak Bertembung Konvoi PM Di JB
BACA >>> Ambulans Berhenti Tengah Jalan Buat Myvi Tak Jadi Ikut Belakang

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Halang Ambulans, Honda CR-V, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Tan Sri Noor Hisham Abdullah, Tinnitus-Acoustic Neuroma, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev