• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Van, Motor Buli Ambulans Bawa Pesakit... Tapi Netizen Syak Ada Tak Kena

Van, Motor Buli Ambulans Bawa Pesakit... Tapi Netizen Syak Ada Tak Kena

March 25, 2022 By Farah Leave a Comment

674
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEDIA sosial beberapa hari lalu tular dengan rakaman video kamera pemuka (dashcam) sebuah ambulans swasta dibuli seorang penunggang motosikal dan sebuah van di Klang, Selangor, Rabu lalu.

Dalam insiden jam 2.30 petang itu,  ambulans tersebut dilaporkan sedang membawa seorang pesakit untuk pergi ke pusat dialisis.

BACA >>> Konvoi Presiden Jokowi Beri Laluan Kepada Ambulans Terima Pujian Netizen


Ceritanya bermula apabila, sebuah van tiba-tiba dilihat mengekori rapat ambulans tersebut hingga staf ambulans terpaksa memberikan amaran supaya untuk tidak terlalu dekat.

Selepas melewati satu simpang, ambulans tersebut ditahan pula lelaki warga emas yang menunggang motosikal Modenas Kriss yang berang tiba-tiba dan meminta pemandu ambulans tersebut keluar dari kenderaannya. Malah, van di belakang dilihat berhenti di lorong kanan seperti mahu menghalang laluan ambulans tersebut.

Tidak mengendahkan lagak samseng mereka, ambulans tersebut cuba mengundur sebelum bergerak menyelamatkan diri untuk terus ke balai polis berdekatan. Namun, pemandu van dan motor tetap mengejar hingga akhirnya menyedari diri dirakam sebelum masing-masing mengubah haluan.

Menurut salah seorang staf dalam ambulans itu, dia bertindak menyiarkan video tersebut kerana risau diburu suspek. Sebagai langkah keselamatan, laporan polis juga sudah dibuat.

Netizen mengecam tindakan penunggang motosikal dan pemandu van tersebut yang dianggap sebagai pembuli dan samseng jalanan kerana tiada toleransi terhadap ambulans dalam kecemasan. Namun, ada juga netizen yang mengesyaki sesuatu tidak kena mengenai tindakan lelaki warga emas tersebut.

Ini kerana ambulans dalam video itu  dilihat terus memasuki simpang tanpa memerhati kenderaan lain, termasuk tidak membunyikan siren kecemasan. Jadi adan netizen mendakwa cara pemanduan pemandu ambulans menjadi punca dua individu tersebut bertindak sedemikian.

Bagaimanapun, reaksi kasar dan buli terhadap individu lain bukan cara terbaik. Apapun, lebih baik kita serahkan kepada polis untuk disiasat.

BACA>>> Ambulans Ditahan Elak Bertembung Konvoi PM Di JB
BACA>>> Ambulans Berhenti Tengah Jalan Buat Myvi Tak Jadi Ikut Belakang

Artikel Berkaitan

674
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ambulans, ambulans kena buli, Kemalangan Ambulans

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ahmad Maslan: Bayar Parkir Guna Kad Debit Tak Selamat
    Ahmad Maslan: Bayar Parkir Guna Kad Debit Tak Selamat
  • Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
    Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
  • #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
    #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
  • Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
    Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my