• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Netizen Bengang Ambulans Disuruh Berhenti Beri Laluan Konvoi VVIP

Netizen Bengang Ambulans Disuruh Berhenti Beri Laluan Konvoi VVIP

March 7, 2022 By Farah Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBELUM ini tular video ambulans milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diarahkan berhenti untuk memberikan laluan kepada konvoi orang kenamaan (VVIP) melawat kawasan banjir di Hulu Langat, Selangor.

Terbaharu, tular pula rakaman kamera pemuka (dashcam) ambulans swasta ditahan anggota polis supaya memberikan laluan kepada konvoi VVIP yang melalui Jalan Tun Razak menghala ke Angsana Johor Bahru Mall, Johor.

BACA>>> Polis: Konvoi PM Sampai Dulu Sebelum Ambulans

Dalam klip video itu, ambulans tersebut ditahan kira-kira 30 saat sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan. Video tersebut menyebabkan netizen berang kerana ambulans tersebut dalam situasi kecemasan dan sedang membunyikan siren.

Nyawa vvip mahal lagi dari nyawa rakyat," kata Sara Van.

Alasan apa pulak nak bagi lepas ni? Nanti keluar alasan bijak-bijak kata ambulan tu tak kecemasan bla bla bla. Lepas tu yang komen lebih-lebih pulak yang kena siasat," kata Mohd Hazmin.

Ambulan bagi siren pon kena tahan jugak.. punggah !🤦," kata Cantona Seven.

Tidak diketahui gerangan VVIP tersebut, tetapi umum mengetahui Johor kini sedang sibuk dengan kempen pilihan raya negeri (PRN) yang dijadualkan berlangsung minggu depan.

BACA >>> PM Prihatin Turun Kereta, Bila Tahu Polis Pengiring Kemalangan
BACA >>> Ambulans Berhenti Tengah Jalan Buat Myvi Tak Jadi Ikut Belakang

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ambulans, Auto Terkini, Johor Bahru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKM, konvoi polis, polis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ahmad Maslan: Bayar Parkir Guna Kad Debit Tak Selamat
    Ahmad Maslan: Bayar Parkir Guna Kad Debit Tak Selamat
  • Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
    Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
  • #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
    #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
  • Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
    Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my