MAHKAMAH Rayuan hari ini membenarkan individu yang melanggar lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lalu, Sam Ke Ting, 27, dibebaskan dengan jaminan RM10,000 bersama seorang penjamin.
Keputusan itu dibenarkan Hakim Datuk P Ravinthran bersama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang sebulat suara membenarkan permohonan responden untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.
Mahkamah turut membenarkan permohonan Ke Ting membawa sabitan kes di Mahkamah Rayuan yang diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar. Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, yang mewakili pendakwaan tidak mengemukakan bantahan terhadap permohonan berkenaan.
Pada Rabu lalu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Ke Ting, selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu hingga mengorbankan lapan nyawa.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abu Bakar Katar mengarahkan Ke Ting menjalani hukuman penjara pada Rabu lalu selagi tiada kebenaran Mahkamah Tinggi untuk rayuan penangguhan dibuat.
Ke Ting dilaporkan melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada jam 3.20 pagi, 18 Februari 2017 yang menyebabkan lapan remaja terkorban iaitu Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
BACA>>> Video Lama Geng Basikal Lajak Langgar Lampu Bikin Netizen Panas Hati
BACA>>> Inilah Sebab Wanita Langgar Mati 8 Remaja Basikal Lajak Dipenjara 6 Tahun, Denda RM6k
Leave a Reply