PADA 13 April lalu, Hyundai memperkenalkan Palisade (2023) di New York, Amerika Syarikat (AS)
Model itu berada dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz-penuh (full-size) dengan tiga baris tempat duduk dan kali pertama kali diperkenalkan pada 2018. Model ini ibarat kembar kepada sebuah lagi SUV besar dari Korea, Kia Telluride (foto bawah).
BACA >>> Kia Telluride (2020) - Crossover 8 Penumpang Gaya Amerika di Detroit
BACA >>> Kia Telluride Menang Kereta Terbaik Dunia (WCOTY) 2020!
Palisade (2023) adalah alternatif kepada Telluride yang tidak dijual di pasaran tempatan. Sebaliknya, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) memperkenalkan SUV Hyundai itu pada Disember 2021. Usaha HSDM itu patut dihargai dan dipuji kerana berani menawarkan model unik seperti IONIQ, IONIQ 5, Kona Electric, Staria dan i30 N.
Banyak ciri Palisade (2023) yang diperbaharui dengan rupa depan seakan model serba baharu. Turut dipertingkat ialah ciri sedia ada dan juga opsyen baharu.
Rangkaian Kuasa
- Kekal sama, enjin petrol 3.8L V6 Dual CVVT dengan suntikan terus (DI).
- Anggaran Kuasa 291hp @ 6,000rpm dan tork 355Nm @ 5,200 rpm.
- Transmisi automatik 8-kelajuan.
- Pilihan pacuan dua roda (2WD) dan empat roda (4WD) HTRAC.
HTRAC dengan Mod Tunda
- Sistem pacuan semua roda (AWD) dengan Mod Tunda.
- Mod Tunda berfungsi melaraskan tetapan pacuan dengan memegang gear rendah lebih lama, dan mengurangkan kekerapan respons anjakan gear.
- Sistem AWD HTRAC dibangunkan sebagai sistem multi-mod dengan menawarkan klac Pisah Tork Variabel (Variable Torque Split, VTS) dan kawalan tork aktif (Active Torque Control, ATC) antara gandar depan dan belakang.
- Mod HTRAC: Normal, Sport dan Smart untuk memberikan ekstra keyakinan ketika memandu dalam pelbagai kondisi cuaca.
- Mod Sport menawarkan pemanduan lebih lincah dengan menghantar daya tork pada roda belakang.
Luaran Baharu
- Gril dan bampar.
- Lampu depan dan lampu siang (DRL).
- Rim aloi.
- Cermin luar auto-malap.
Dalaman Baharu
- Panel meter dengan rekaan antaramuka audio.
- Stereng.
- Permukaan dan bahan kerusi.
- Kerusi pemandu dengan gerakan ergonomik.
- Kerusi baris kedua dengan perehat lengan boleh laras (8 penumpang, pertama untuk Hyundai).
- Kerusi baris ketiga dengan ciri pemanas (pertama untuk Hyundai).
- Cermin pintu belakang dengan lapisan akustik (Palisade Calligraphy).
Infotainmen dan Teknologi Berkaitan
- Paparan navigasi 12 inci dengan resolusi 720p.
- Cermin pandang belakang paparan penuh digital (pertama untuk Hyundai).
- Hotspot WiFi (pertama untuk Hyundai).
- Digital Key 2 Touch (serasi iPhone dan Android).
- Port USB Type-C dipertingkat, menggantikan port USB Type-A untuk pengecasan lebih pantas hingga 3 Amp.
- Pengecas wayarles dipertingkat daripada 5W kepada 15W.
- Fungsi pengecaman suara ditambah baik.
Sistem Bantuan Pemanduan
- Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCAA).
- Kawalan Jelajah Pintar (ICC) berasaskan navigasi.
- Bantuan Pandu Lebuh Raya.
- Bantuan Elak Perlanggaran Parkir Undur.
- Bantuan Parkir Pintar Kawalan Jauh.
Teknologi Pasif
- Beg udara belakang impak sisi.
Palisade XRT - varian baharu
- Varian khas dengan gaya gelap berikutan pengenalan Santa Fe dan Tucson XRT.
- Rim aloi gelap 20 inci.
- Rupa depan dan depan lebih lasak dengan elemen plat skid.
- Kemasan gril depan gelap.
- Trim bawah pintu.
- Rel bumbung hitam.
- Bumbung suria elektrik.
- Material kulit tiruan (leatherrette) hitam untuk kerusi.
Sebagai rujukan, Palisade (foto atas) pasaran tempatan adalah versi 2022 dan ditawarkan dalam dua pilihan varian, 7- dan 8-kerusi. Enjin pula menawarkan dua varian, iaitu:
- 3.8L V6 - transmisi automatik 8-kelajuan, 2WD
- 2.2L Diesel Turbo - transmisi automatik 8-kelajuan, AWD
Harga Palisade (2022) bermula RM328,888-RM358,888 mengikut jumlah kerusi dan varian enjin.
BACA >>> SUV Mewah Hyundai Palisade (2022) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM328k!
BACA >>> Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
BACA >>> Hyundai Bakal Bina Pusat R&D di Indonesia, Fokus Hasilkan Produk Tempatan dan Asean
Leave a Reply